Evolusi Bas Henti-Henti Di Ipoh

Sebahagian besar hidup penduduk Ipoh amat berkait rapat dengan Stesen Bas Ipoh di Medan Kidd ini termasuk saya sendiri. Di sini, terdapatnya perkhidmatan bas tempatan ke destinasi ke sekitar Ipoh, Kampar, Kuala Kangsar, Taiping, Teluk Intan, Parit, Setiawan, Beruas dan Cameron Highland. Sementara itu bersebelahan stesen bas tempatan, terletak pula Terminal Bas Express Ipoh untuk destinasi luar Perak. Suasana di Medan Kidd suatu ketika dahulu begitu sibuk terutama waktu pagi, tengah hari dan petang.


Medan Kidd kini (kiri) dan dahulu-1970an (kanan).

Pada akhir tahun 2004, Terminal Bas Express Ipoh di Medan Kidd terpaksa ditutup dan dipindahkan ke lokasi baru iaitu di Silveritage, Medan Gopeng yang terletak kira-kira 5km dari pusat bandar Ipoh. Hanya stesen bas tempatan yang masih dikekalkan di Medan Kidd. Kemudian semasa pentadbiran Mantan Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Tajol Rosli iaitu sekitar tahun 2006, satu cadangan untuk memindahkan kedua-dua terminal bas di Ipoh ke Jelapang ni telah diusulkan tetapi usul ini menerima bantahan daripada penduduk Ipoh.



Pada 21 Oktober 2008, usaha untuk memindahkan terminal bas Ipoh ke Jelapang diteruskan dengan Majlis Pecah Tanah Projek Terminal Bas Bersepadu Ipoh di Meru Raya oleh Mantan Menteri Besar, Datuk Seri' Ir. Mohammad Nizar. Pembinaan terminal yang menempatkan bas dan teksi ini menelan kos pembinaan sebanyak RM38 juta dan dijangka siap pada April 2011.

Projek tersebut hanya bermula dan dijangka siap menjelang tahun 2012 setelah Menteri Besar yang baru, Datuk Seri Dr. Zambry melakukan lawatan ke tapak projek itu pada 8 Februari 2010. Beliau turut mengumumkan pembinaan sebuah lagi terminal pengangkutan awam di Pusat Bandar Ipoh yang dikenali sebagai Ipoh Sentral. Ipoh Sentral ini akan menggabungkan Stesen Bas Medan Kidd dan Stesen Kereta Api Ipoh. Selain itu, beliau juga akan berusaha menangani masalah perkhidmatan bas di seluruh negeri Perak yang uzur dan tidak selesa.

Sementara itu, syarikat bas seperti Combined Bus Service yang menaungi tiga syarikat iaitu The General Omnibus, Kinta Omnibus dan Ipoh Omnibus yang ditubuhkan pada 2006 dan beroperasi dengan modal berbayar sebanyak RM10 juta telah memulakan penaiktarafan perkhidmatan bas di Ipoh dengan jenama baru, Perak Transit. Pada 12 Disember 2009, syarikat ini telah melancarkan bas baru bagi laluan Kuala Kangsar-Ipoh. Baru-baru ini, bas baru turut digunakan pada laluan sekitar Ipoh dan Kampar. Kini, bas-bas lama dan uzur di Ipoh mulai ditukarkan dengan bas-bas baru yang berhawa dingin dan mesra pengguna selaras dengan kemajuan pesat negeri Perak.

8 ulasan:

  1. Salam. Boleh sy tanya sesuatu. Saya orang Teluk Intan, jadi sy nak tanya. Ada ke bas jika sy dari Terminal Bas Meru Raya ke Teluk Intan? Ke bas dari Terminal Bas Meru Raya untuk ke Teluk Intan masih dikekalkan di Medan Kidd? plez jawab ye. urgent. tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm. ada tapi bas express tranasional. tapi kalau bas ipoh-teluk intan yang biasa tu masih lagi beroperasi di Medan Kidd.

      Padam
    2. ala...kenapa la dia x buat kat situ jugak..isk3

      Padam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Salam.. bagaimana jika nak pergi ke terminal bas amanjaya dari hentian sri iskandar dgn menggunakan perkhidmatan bas/ bas henti-henti.. jika ada jadual perjalanan nye mcm mana? adakah setiap jam ada bas ?

    BalasPadam
  4. Salam nk tnya ad ke bas dari teluk intan ke taiping?

    BalasPadam
  5. Tengahari perkudmatan bas dari parit ke ipoh pukul berapa

    BalasPadam
  6. Jadual bas siputeh ke stesen
    bas ipoh

    BalasPadam