Penitian Ke Teluk Intan 20 Disember 2009

* Kami @ Menara Condong Teluk Intan.

Teluk Intan adalah sebuah bandar yang terletak di Perak, Malaysia. Ini adalah bandar terbesar di Hilir Perak dan bandar ketiga terbesar di negeri Perak dengan anggaran penduduk sekitar 110 000 orang. Pada awalnya, bandar ini dikenali sebagai Teluk Mak Intan, sempena nama seorang pedagang perempuan Mandailing. Semasa zaman penjajahan British, nama bandar ini diubah menjadi Teluk Anson (Teluk Anson), untuk menghormati pegawai Inggeris iaitu Leftenan-Gabenor Pulau Pinang, Mejar Jeneral Sir Archibald Edward Harbord Anson yang merancang pembangunan bandar moden ini pada tahun 1882 .Pada tahun 1982 selama seratus tahun penubuhan bandar, namanya diubah lagi menjadi Teluk Intan oleh Sultan Perak. Bandar ini memiliki sejumlah bangunan kolonial dan senibina China bersama-sama dengan gedung-gedung moden dan beberapa kompleks membeli belah.

* Bersiar-siar di bandar Teluk Intan.

Cuti-Cuti 1KL, 16 & 17 Dis.2009

*Taman Rusa
* Mid Valley Megamall
* Memorial Tun Abdul Razak.
* Muzium Polis
* Muzium KTM
* Tmn.Tasik Kuala Lumpur
* Times Square

Muzium Gopeng


Muzium ini mempamerkan kira-kira 300 barang antik yang pernah digunakan oleh generasi tua di pekan Gopeng sejak 150 tahun lalu. Sesuai dengan statusnya sebagai bekas kawasan perlombongan bijih timah dan getah utama di Lembah Kinta, pengunjung muzium boleh melihat mesin-mesin yang pernah digunakan untuk kerja-kerja memproses bijih timah dan getah zaman dahulu kala. Turut dipamerkan ialah radio, mesin jahit, basikal, pelbagai jenis mata wang lama, jam tangan dan dinding, alat penimbang, carta aliran sejarah Gopeng dan tokoh-tokoh terkenal yang dilahirkan di pekan itu selama tiga generasi.

Kami@Taiping 2009

Hutan Paya Bakau Matang.. Zoo Taiping..


Taman Tasik Taiping.. Bukit Larut..

Selepas 5 tahun,kami kembali ke tempat mula-mula kami memulakan pengembaraan kami dulu masa tingkatan 3..Semoga persahabatan kami kekal buat selamanya..Antara lokasi menarik yang kami lawati adalah Kota Ngah Ibrahim, Hutan Paya Bakau Matang, Muzium Perak, Bukit Larut, Memorial Perang Dunia Kedua, Taman Tasik Taiping dan Zoo Taiping..

Kota Ngah Ibrahim.. Muzium Perak..

Muzium Perak 2009

video

Perak Beri Perhatian Pemilikan Tanah Kawasan Kubu Perang Green Ridge

KAMPAR, 25 Okt (Bernama) -- Kerajaan negeri Perak amat memberi perhatian termasuk perkara teknikal berhubung pemilikan tanah di kawasan perkuburan dan kubu tentera British dan Komanwel ketika mempertahankan Tanah Melayu daripada serangan Jepun semasa Perang Dunia Kedua yang masih kekal di Kampar di sini.

Oleh yang demikian Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengarahkan pejabat tanah, pegawai daerah serta anggota Parlimen dan Dewan Undangan Negeri kawasan berkenaan mengadakan perbincangan dengan syarikat dan pemilik tanah seluas 4.8 hektar tersebut.

"Tanah ini mempunyai enam syarikat sebagai pemilik besar dan secara keseluruhanya ada 199 hak milik. Ia akan mengambil masa dan tugas yang mencabar bagi kerajaan negeri. Kita juga akan berjumpa dengan kesemua pemilik ini untuk mengadakan perbincangan dan berdailog dengan mereka," katanya kepada pemberita selepas melawat Green Ridge di kawasan itu di sini pada hari Ahad.

Dalam lawatan itu, beliau turut menerima surat rayuan Persatuan Bekas Tentera Malaysia cawangan Kuala Dipang supaya kerajaan negeri mengekalkan tapak sejarah berkenaan yang menjadi daya tarikan pelancong dan peminat sejarah tempatan dan luar negara.Dalam surat tersebut persatuan berkenaan turut menggesa pihak berkenaan membina sebuah galeri dan tugu peringatan perang untuk generasi akan datang.

Green Ridge dibina tentera British untuk mempertahan diri daripada serangan Jepun apabila berlaku pertempuran di tapak itu selama empat hari bermula 30 Dis 1941 hingga 2 Jan 1942.

Zambry berkata beliau akan menulis surat secara peribadi berhubung lawatannya ke Green Ridge hari ini kepada Kementerian Pertahanan dan kerajaan persekutuan supaya usaha untuk mewartakan kawasan tapak kubu perang Green Ridge itu sebagai tapak sejarah perang dapat direalisasikan.

Katanya yang menjadi kesukaran ketika ini adalah untuk menyakinkan pemilik tanah berkenaan bahawa kawasan itu adalah penting kepada sejarah negara.

"Sekiranya kerajaan membuat keputusan untuk mengambil-alih tanah itu dan menggantikan dengan tanah yang lain, ia memerlukan persetujuan kerana tanah itu milik mereka," katanya.

Beliau juga berkata kawasan itu merupakan tempat strategik mempelajari selok-belok peperangan dan sememangnya ia kawasan kajian serta rujukan penuntut universiti serta pengkaji terutama dari Britain, India dan Pakistan kerana ia masih dianggap relevan hingga ke hari ini.

General Percival, Kebersalahan Kekalahan Di Singapura 1942

Winston Churchill melihat kejatuhan Singapura sebagai “malapetaka yang paling buruk dan kekalahan paling besar dalam sejarah British’. Walaupun demikian, pada hakikatnya, pertahanan Britain, Rusia dan Timur Tengah sentiasa diberikan keutamaan oleh Winston Churchill dari sudut pemberian bahan keperluan perang ataupun agihan anggota tentera.

Umpamanya, Tentera Udara Diraja di Malaya tidak mendapat peruntukan 300 hingga 500 buah kapal terang yang diperlukan. Mereka menggunakan kapal terbang Brewster Buffalo yang tidak mampu bertanding dengan kapal terbang yang digunakan oleh Jepun. Apabila Jepun menyerang, mereka disokong oleh 200 buah kereta kebal, sedangkan Percival tidak diberikan peralatan kereta kebal, dan hanya mempunyai satu skuadron kereta kebal ringan untuk tujuan tinjauan.

Kekalahan British di Singapura secara mendadak membalikkan nama Percival daripada seorang pegawai yang berkaliber dan efisien kepada seorang pegawai turus yang tidak berkesan, kekurangan sifat ketangkasan dan kurang agresif, walaupun tiada yang meragui keberanian dan kesungguhan Percival menjalankan tugas. Susuk badan Percival yang tinggi lampai (lebih dari 6 kaki) bersama dengan 2 gigi kapaknya serta misai kontot menjadikan Percival sasaran mudah sebagai bahan karikatur, dan Percival juga tidak fotogenik.

Tetapi kekalahan British di Malaya dan Singapura tidak patut diletakkan di atas bahu Percival semata-mata. Ketua Marsyal Udara Sir Robert Brooke-Popham, Panglima Markas Timur Jauh British enggan memberikan kebenaran untuk Percival melancarkan Operasi Matador melibatkan pergerakan unit Tentera British ke wilayah Thailand untuk menghalang kemaraan tentera Jepun. Sir Robert Brooke-Popham enggan memberikan kebenaran itu kerana takutkan British dilihat sebagai pihak agresif oleh kerajaan Thailand. Brooke-Popham juga mempunyai reputasi sebagai seorang yang sudah tidak endah, dan selalu tertidur semasa mesyuarat. Beliau juga tidak berkeras memperjuangkan unit-unit udara sebagai bantuan untuk pertahanan Malaya.

Sebaliknya, Laksamana Tom Phillips, pemerintah pasukan petugas Force Z yang berkisar kepada kapal perang HMS Prince of Wales menunjukkan keberanian luar biasa sehingga terkorban apabila kapal perangnya ditenggelamkan kapal terbang Jepun pada 10 Disember 1941.

Percival tidak mempunyai pertalian baik dengan Sir Lewis "Piggy" Heath, pemerintah III Kor Tentera British India (pasukan teras Markas Gerakan Tanah Melayu). Percival juga tidak dapat mengawal dengan baik Mejar Jeneral Gordon Bennett, pemerintah Divisyen ke-8 Australia. Gordon Bennett mempunyai sikap berdikari dan pernah menjadi pegawai atasan Percival sebelum perlantikan Percival sebagai GOC Malaya. Ini membuatkan sukar bagi bennettt menerima arahan Percival.

Bennett terlalu yakin dengan kebolehan askar-askar Australia dan kebolehan dirinya sendiri, tetapi tidak mengambil kira kebolehan unit-unit tentera India. Bennett sendiri dapat melarikan diri ke Australia setelah kekalahan British di Singapura tetapi mendapat cemuhan kerana meninggalkan orang-orang di bawah perintahnya di Singapura.

Percival tidak teragak-agak untuk menggantikan pegawai-pegawai yang dilihat sebagai tdiak berkesan, dan menggantikan Mejar Jeneral David Murray-Lyon sebagai pemerintah Divisyen ke-11 India apabila pasukan tersebut tidak menunjukkan kesungguhan berjuang di Jitra dan di Perak.

Kesilapan paling besar Percival adalah keberatannya untuk membina perkubuan kekal di Johor ataupun di pantai utara Pulau Singapura, walaupun berkali-kali diminta oleh Ketua Askar Jurutera Brigadier Ivan Simson, dengan alasan “membina kubu tidak baik untuk moral askar-askar kita dan orang awam”. Dengan demikian, Percival mengabaikan apa-apa kelebihan yang boleh diperolehi daripada tenaga 6,000 orang askar jurutera, khususnya kebarangkalian menumpaskan pergerakan kereta kebal Jepun.

Fahami Sejarah Kemerdekaan

KEMERDEKAAN dikecapi hari ini bukan diperoleh secara mudah tetapi dibina dengan keringat, darah dan air mata. Penghayatan kemerdekaan tidak terhad dengan mengibarkan bendera, menganjurkan perarakan warna-warni, konsert dan menyanyikan lagu ‘Negaraku’ semata-mata tetapi sewajarnya rakyat dilatih mengenang semula perjuangan generasi terdahulu membebaskan negara daripada penjajahan, selain memahami proses bagaimana akhirnya kemerdekaan menjadi milik negara.

Kependudukan Jepun yang bertunjangkan slogan ‘Asia untuk Asia’ berjaya merubah senario politik Tanah Melayu apabila British tidak lagi dianggap kuasa imperialisme kebal. Bertujuan mengembalikan maruah peribadi, namun diuar-uarkan atas nama membebaskan Tanah Melayu daripada cengkaman Jepun, British menjalinkan kerjasama dengan Parti Komunis Malaya (PKM) pada 8 Disember 1940.

Namun, British silap perhitungan apabila PKM yang sepatutnya menyebelahi mereka, sebaliknya bermaharajalela mengisi kekosongan ditinggalkan Jepun yang kalut dengan kemelut pengeboman Hiroshima dan Nagasaki pada Ogos 1946. Pengaruh fahaman komunis semakin meluas menjelang 1948. Malah, untuk merealisasikan wawasan penubuhan Republik Komunis Malaya, PKM menukarkan namanya kepada Malayan People Anti-British Army (MPABA) sekali gus menjadi platform melancarkan serangan lebih agresif untuk melumpuhkan British.

Tiga peringkat strategi dirangka komunis untuk mengambil alih Tanah Melayu bermula dengan menghasut kesatuan sekerja mengadakan mogok. Usaha ini gagal apabila British meluluskan Trespass Law (undang-undang pencerobohan) yang menyekat kesatuan memasuki ladang bagi tujuan berceramah dan menstruktur organisasi pekerja. Ordinan persatuan yang mewakili pekerja juga dipinda dan dikemaskini pada 12 Jun 1948 iaitu mewajibkan semua kesatuan sekerja mendaftar dengan pihak berkuasa.

Strategi kedua PKM ialah menguasai bandar kecil, seterusnya mendirikan markas PKM yang diisytiharkan British sebagai kawasan putih. Bagi memastikan dasar dan rancangan mereka berjalan lancar, Gerakan Rakyat (Min Yuen) berciri serampang dua mata ditubuhkan.

Gerakan Rakyat ini bertanggungjawab membekalkan makanan kepada ahli PKM yang melarikan diri ke dalam hutan selepas pengharaman parti itu, selain mengumpul maklumat berkaitan strategi kerajaan menghapuskan mereka. Pemberontakan bersenjata terkandung dalam strategi terakhir. Melaluinya, anggota dilatih menguasai taktik perang gerila, selain menubuhkan unit kecil berfungsi menakutkan penduduk Tanah Melayu membabitkan pertumpahan darah warga British dan sekutunya.

Kekejaman demi kekejaman yang dilakukan memaksa British mengambil pendekatan drastik mengisytiharkan darurat di seluruh Tanah Melayu pada 18 Jun 1948. Meskipun darurat menyusahkan rakyat kerana mengekang pergerakan, mengorbankan banyak nyawa serta menyebabkan kerosakan harta benda, dari perspektif lain, insiden darurat sebenarnya mempercepatkan lagi proses memerdekakan Tanah Melayu apabila British bersetuju ia ditadbir anak tempatan.

Pameran Darurat Rentetan Sejarah 1948-1960


Pameran Darurat Rentetan Sejarah 1948-1960 ini diadakan di Muzium Negara bermula 30 Jun sehingga 30 Ogos 2009. Pameran ini memaparkan aspek-aspek pencetus darurat di Tanah Melayu serta pergolakan yang berlaku di sepanjang tempoh 1948 hingga 1960.

Selain itu, pameran ini menerangkan dan memperlihatkan peranan dan perjuangan wira bangsa. Pameran ini juga adalah sebagai usaha untuk mendorong masyarakat celik sejarah disamping memupuk sikap cintakan negara.

Kekejaman Komunis Diperinci

KUALA LUMPUR 9 Julai - Kementerian Pelajaran sedang mengkaji kemungkinan memperincikan segala kekejaman yang dilakukan oleh Parti Komunis Malaya (PKM) dan pemimpinnya dalam teks mata pelajaran Sejarah yang diajar di sekolah menengah.
Timbalan Menterinya, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, kajian semula itu perlu dilakukan kerana Kurikulum Sejarah Sekolah Menengah Rendah (Semakan) yang mula dilaksanakan pada 2003 tidak lagi menyentuh kegiatan PKM secara terperinci.
''Ini disebabkan ada pandangan daripada individu, ahli politik dan badan-badan berkepentingan yang menyarankan agar kementerian tidak memberi fokus kepada pemimpin PKM dalam teks kandungan Sejarah di peringkat sekolah," katanya pada sidang Dewan Negara hari ini.
Beliau menjawab soalan Senator Datuk Idris Buang yang bertanyakan sama ada mata pelajaran Sejarah akan dikaji semula agar memberi maklumat betul mengenai PKM dan bekas Setiausaha Agungnya, Chin Peng supaya pelajar tahu perbuatan membunuh, memperkosa dan menganiaya rakyat yang dilakukan pertubuhan haram itu.
Menurut Mohd. Puad, pihaknya akan mengkaji kemungkinan memperkenalkan semula Kurikulum Sejarah di bawah Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang dilaksanakan sebelum ini tetapi dihentikan setelah kementerian mewujudkan Kurikulum Sejarah Sekolah Menengah Rendah (Semakan).

Jejak Kejam - Lubuk Komunis Di Perak



KIPAS pesawat Bristol Brigand RH755 yang terhempas di Banjaran Bintang Hijau.


Catatan, bukti kezaliman Bintang Tiga terus hantui penduduk Lenggong, Grik LENGGONG, GRIK dan isu komunis - satu kaitan fakta sejarah yang kekal dalam ingatan dan menjadi igauan masyarakat yang menyaksikan puluhan ribu anggota keselamatan terkorban mempertahankan negara dengan pelbagai peristiwa kekejaman komunis. Kawasan itu yang dulunya dikelilingi hutan belantara dan banjaran di situ diakui kawasan hitam kerana menjadi laluan komunis menghubungkan utara ke Pantai Timur serta bersempadan dengan Thailand.

Ketika banyak pihak berbicara mengenai soal kemasukan bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng, sewajarnya generasi muda yang ada insaf dan sedar bahawa bantahan suara rakyat menghalang kemasukan ketua komunis itu berasas, bukan sekadar gimik politik. Di Lenggong saja sudah banyak peristiwa berdarah berlaku, pembunuhan anggota keselamatan dan penduduk yang enggan bekerjasama. Bahkan, lebih 100 bekas Konstabel Khas (SC) di Perak berhasrat membuat perarakan bantahan besar-besaran jika hasrat membawa pulang Chin Peng diteruskan. Pendirian itu memang tepat pada masanya, kerana mereka yang bersabung nyawa mempertahankan negara dan jika hasrat itu diteruskan, ibarat luka lama berdarah kembali. Di perkampungan kecil Changkat Berangan, kira-kira 15 kilometer dari pekan Lenggong, tinggalan kesan aktiviti dan kekejaman komunis masih jelas kelihatan. Cuma, ia tidak dipelihara dan terjaga yang memungkinkan dua persoalan mengenai kedudukannya sekarang.

Pertama, kemungkinan penduduk langsung tidak mahu mengingati kekejaman komunis, keduanya memang tiada sebarang usaha mana-mana pihak mahu memelihara tinggalan sejarah itu sebagai tatapan generasi muda untuk menyedarkan pentingnya hidup dalam keadaan aman. Antara secebis tragedi berdarah yang berlaku di situ ialah ‘Peristiwa Bechah Kemahang’ yang berlaku di Changkat Berangan, Lenggong pada 1952, ketika era komunis mengganas memuncak. Kesan tempat kejadian dan sarang komunis masih jelas kelihatan. Pondok estet tempat komunis menggantung hingga mati tiga penduduk ada, cuma gua tempat persembunyian mereka yang digunakan untuk mengurung lebih 20 penumpang bas agak tersorok di hutan di banjaran Bintang Hijau. Pada tahun yang sama juga berlaku nahas udara sebuah pesawat penyerang dan pengebom British, Bristol Brigand PH755 yang terhempas ketika operasi mengebom sarang komunis di kawasan berkenaan menyebabkan tiga krew pesawat terbunuh.

Tinjauan Berita Minggu mendapati, semua kesan tinggalan sejarah penentangan komunis itu masih ada, cuma tidak dijaga, dibiarkan bahan sejarah dimamah usia dan berkemungkinan hilang terus pada pandangan mata dalam tempoh 20 tahun akan datang. Menyingkap ringkas ‘Peristiwa Bechah Kemahang’, Ketua Kampung Changkat Berangan, Hassan Shahriman Sulaiman, 68, berkata peristiwa bersejarah itu patut didedahkan kepada masyarakat umum, apatah lagi ketika ini muncul pihak tertentu yang seakan menyebelahi perjuangan komunis. Peristiwa itu merujuk kepada serangan komunis ke atas sebuah bas awam ulang alik dari Taiping ke Grik yang digelar penduduk sebagai ‘Mail Car’ kerana sering membawa bungkusan pos dan penumpang pada 1952. Ketika tiba di Bechah Kemahang, semua 30 penumpang diarahkan turun kerana komunis mengesyaki bas itu membawa anggota risik. Selepas menggeledah dan menyoal siasat, komunis tidak menemui individu dikehendaki menyebabkan mereka bertindak ganas.
“Berdasarkan cerita lisan daripada datuk saya, Osman Mat Piah, komunis menggantung sampai mati seorang wanita Cina dan dua wanita Melayu di pondok estet di tepi jalan. Penumpang lain dibawa ke gua di Bintang Hijau dan dikurung. “Mereka mencabar penduduk, jika mahukan tebusan hidup datanglah selamatkan. Ketika itulah muncul tujuh bersaudara terdiri daripada pasukan Homeguard tempatan bangkit menyerang kubu berkenaan dan menyelamatkan tebusan,” katanya. Homeguard tujuh bersaudara itu terdiri daripada Osman Mat Piah bersama dua beradik, Hussien dan Yaakob disertai tiga lagi anak Yaakob iaitu Mior Ahmad, Mior Kassim dan Mior Ariffin serta menantunya, Sulaiman Pandak Yusoff. Bersenjatakan senapang patah dibekalkan kepada pasukan kawalan kampung, tujuh bersaudara itu berjaya menyelamatkan tebusan selepas berlaku pertempuran selama tiga hari menyebabkan semua 30 komunis terbunuh. Polis yang menerima maklumat pertempuran menghantar pasukan diketuai pegawai British membantu menyerang komunis. Bagaimanapun, rasa terkilan wujud di kalangan penduduk kerana sumbangan tujuh bersaudara itu langsung tidak dicatatkan dalam sejarah. “Perkara ini perlu didedahkan, semua orang lama yang tahu cerita ini sudah meninggal dunia.
Ketika sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-50, penduduk kampung dengan kerjasama Askar Wataniah pernah melakonkan semula adegan pertempuran ini di padang Lenggong. “Memang kami ada perancangan menjadikan kawasan ini sebagai lokasi sejarah, tetapi kami perlukan bantuan untuk menjadikan hasrat ini satu kenyataan. Jangan biarkan sejarah hilang ditelan zaman,” katanya. 'Lokasi serangan patut jadi tapak sejarah' DARI Changkat Berangan menuju ke banjaran Bintang Hijau, pasti akan menemui lokasi yang dikatakan sarang komunis. Kedudukannya di lereng bukit di tanah agak rata memang strategik untuk pertahanan jika diserang.
Tinjauan Berita Minggu mendapati, selepas hampir sejam perjalanan mendaki bukit, kami menemui satu kawasan lapang di tengah hutan. Kawasan itulah yang dikatakan sarang komunis dan logiknya memang ada kerana di tengah hutan tebal, terdapat kawasan yang seolah-olah dibersihkan. Pokok besar masih kekal, tetapi di bawahnya cuma tinggal pokok hutan renek setinggi paras lutut orang dewasa, menunjukkan seolah-olah ia pernah menjadi penempatan untuk tempoh yang lama. Di kawasan dianggarkan 200 meter persegi itu kelihatan wujud satu lubang besar seperti kawah yang dalamnya melebihi paras lelaki dewasa. Penduduk, Abdul Halim Saad, menjelaskan, kawah besar itu adalah bekas letupan bom yang dijatuhkan pesawat pengebom British ke atas kedudukan sarang komunis.
“Sudah lebih 50 tahun kawasan ini dibom, sampai sekarang pokok di ini belum tumbuh, cuma tinggal pokok besar. Mungkin akibat campuran bahan kimia daripada bom. Beberapa tahun dulu, kami pernah jumpa serpihan bom melekat pada pokok. “Dulu, tiada siapa berani masuk ke sini ini kerana memang kawasan komunis. Mengikut cerita lisan kawasan ini memang dibersihkan kerana ia adalah satu daripada kem komunis. Mungkin faktor itu juga menyebabkan kawasan ini hanya ada pokok renek, ditambah pula faktor kesan letupan bom,” katanya.
Sebaik tiba di lokasi tempat nahas pesawat Bristol Brigand RH 755, kami menemui kesan bahagian depan tayar pesawat. Sayangnya tayar jenis Dunlop itu kelihatan dibakar dipercayai dilakukan oleh rombongan pelajar yang menjejaki kawasan berkenaan. Kira-kira lima meter dari penemuan pertama itu, kelihatan enjin pesawat berkenaan yang dikatakan terhempas pada Mei 1952. Enjin pesawat sebesar kereta perodua Kancil itu tersangkut pada sebatang pokok di lereng bukit. Turut kelihatan, stereng pesawat tiga penumpang dan tidak jauh dari situ, kelihatan beberapa serpihan dinding pesawat serta pintu pesawat yang dicatatkan nombor pendaftaran pesawat PH755.’ Seterusnya, longgokan serpihan badan pesawat turut ditemui dengan sebahagian besarnya hampir terbenam dalam tanah. Satu mesin gun sepanjang lebih tujuh kaki turut ditemui serta beberapa tong gas untuk pesawat.
Paling ketara, kira-kira 10 meter dari bangkai pesawat, terdapat empat bilah kipas pesawat yang masih dalam keadaan elok, cuma satu daripadanya terbenam dalam tanah. Kipas sepanjang enam kaki itu dikatakan satu daripada dua kipas utama pesawat berkenaan. Walaupun lokasi nahas itu layak dikategorikan sebagai kawasan bersejarah, namun langsung tiada kelihatan sebarang usaha untuk mengekalkannya atau membawa keluar serpihan bangkai pesawat untuk tatapan umum, bahkan tanda arah juga tidak kelihatan. Ketua Kampung Changkat Berangan, Hassan Shahriman menjelaskan, sebelum ini penduduk kampung pernah mendapatkan bantuan sepasukan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjadi anak angkat di situ untuk menjejaki kawasan berkenaan. “Mereka bawa unit pemusnah bom untuk meletupkan beberapa butir bom. Kami cukup hargai usaha itu sebagai langkah keselamatan. Sepatutnya kawasan ini perlu dijaga dan kami sedia membantu mana-mana pihak. “Semua bahan ini adalah sebahagian daripada tinggalan sejarah menentang komunis. Jika komunis tiada di kawasan ini, sudah pasti pesawat ini tidak terhempas di sini,” katanya.

Info: Krew pesawat Bristol Brigand RH 755 yang terkorban.
Juruterbang: Basil Cochrane,
Sarjan James Blacklock Armstrong.
Cyril John Alexander Cox.

Banjaran Bintang Hijau
Mendapat nama sempena kedudukan kumpulan komunis Bintang 3 dan Bintang 5.
Laluan ke sempadan Thailand (seminggu perjalanan).
Dikelilingi berbelas kampung Baru Cina yang diwujudkan semasa darurat.
Pernah menjadi laluan gerila dan Force 136.
Pernah diisytiharkan kawasan hitam pada 1950-an, 1960-an dan 1970-an,

Antara kezaliman komunis sekitar Lenggong dan Grik:
800 komunis mengganas di Grik, Lenggong, Baling dan di Kroh sehingga menjadi padang jarak padang tekukur.
Bermula 1945, membakar rumah penduduk kampung yang enggan menerimanya sebagai pihak berkuasa iaitu:
Bukit Buloh.
Malau.
Kubang.
Kuala Kenering.
Sungai Terap.
Kampung Chua.
Kampung Beko
Manong
Kampung Chepor
Bukit Sapi, Lenggong.
Tujuh bersaudara Homeguard
Osman Mat Piah
Hussien Mat Piah
Yaakob Mat Piah
Mior Ahmad Yaakob
Mior Kassim Yaakob
Mior Ariffin Yaakob
Sulaiman Pandak Yusoff (menantu Yaakob)

Bukti Keganasan Komunis Di Malaya



Pada 15 Jun 1951, Sir Henry Lovell Goldsworthy Gurney telah menjadi mangsa serang hendap pengganas-pengganas komunis di kilometer 90.4 Jalan Kuala Kubu Bharu ke Bukit Fraser. Henry Gurney berusia 53 tahun, telah dilantik menjadi Pesuruhjaya Tinggi Inggeris di Tanah Melayu pada 13 September, 1948 bagi menggantikan Sir Edward Gent yang terkorban dalam nahas kapal terbang. Gurney menyifatkan perlantikannya itu sebagai satu tugas dan cabaran hebat kerana seluruh Tanah Melayu telah diisytiharkan darurat pada 12 Julai 1948, akibat dari keganasan anggota-anggota Parti Komunis Malaya. Henry Gurney bersama isterinya dan setiausaha peribadinya, D.J. Staples bertolak dari Kuala Lumpur menuju ke Bukit Fraser kerana urusan rasmi dan untuk berehat. Apabila kereta yang dinaikinya melalui satu selekoh kira-kira 12.8 kilometer dari Bukit Fraser, tiba-tiba kereta itu menjadi sasaran tembakan pengganas-pengganas komunis. Gurney menyedari nyawa isterinya dan dua nyawa lain sedang terancam, sedangkan beliau adalah menjadi sasaran utama serangan tersebut. Gurney lalu memberanikan diri keluar dari kereta dengan tujuan untuk menyelamatkan nyawa isteri dan setiausaha peribadinya. Bagaimanapun malang baginya kerana beliau telah terkorban.Semenjak memegang jawatan Pesuruhjaya Tinggi Inggeris di Tanah Melayu,Gurney telah mendapat kepercayaan, keyakinan dan penghormatan dari semua lapisan masyarakat negara ini kerana usahanya membanteras dan menghancurkan kegiatan komunis. Menurut beliau, komunis di Tanah Melayu dapat dihancur dengan dua senjata. Pertama dengan senjata dalam bentuk perkhidmatan sosial, ekonomi dan politik. Kedua, dengan senjata sebenar dari pasukan polis dan tentera.Dengan memperkenalkan sistem kawalan makanan, penempatan semula setinggan-setinggan yang diancam oleh pengganas-pengganas komunis, perancangan pembangunan ekonomi dan perkhidmatan sosial serta gerakan-gerakan pasukan keselamatan yang tersusun telah membawa Gurney sebagai seorang pentadbir Inggeris yang berjaya dalam usahanya menentang komunis.Jasad Gurney disemadikan di perkuburan Kristian Jalan Cheras pada 8 Oktober 1951 dengan penuh penghormatan negara. Lebih daripada 20,000 rakyat turut memberi penghormatan terakhir atas pemergiannya.

Bumi Pahlawan Melayu Perak

Terowong Sejarah Pasir Salak & Tugu Pahlawan Perak..

Kompleks Sejarah Pasir Salak begitu terkenal dengan peristiwa pembunuhan J.W.W.Birch,Residen British pertama di Perak pada tahun 1875. Birch telah mati dibunuh di tebing Sungai Perak oleh Dato'Maharaja Lela dan pengikutnya. Peristiwa tercetus ekoran rasa tidak puas hati masyarakat tempatan terhadap campur tangan British di Perak melalui Perjanjian Pangkor pada tahun 1874. Implikasi pembunuhan Birch tersebut telah menyebabkan Perang Perak (1875-1877) berlaku dan negeri Perak dikuasai sepenuhnya oleh British.

Sg.Perak menjadi saksi Birch mati dibunuh..Rumah Kutai,rumah tradisional Perak..

Menjejaki Sejarah Green Ridge II,11 Jun 2009

Ekspedisi ke Green Ridge,Kampar..

Four Warrior..

Tembak,musuh datang..
Ada gaya macam tugu negara tak kami ni?

Wira-wira negara yang terkorban..

Lembah Lenggong,Kota Pra-Sejarah Malaysia,31 Mei 2009

Lenggong merupakan bukti penempatan terawal negara dan Asia Tenggara iaitu 300 000 tahun dahulu, Zaman Paleolitik. Di sini juga telah ditemui 'Manusia Perak' merupakan satu-satunya rangka prasejarah di dunia yang mempunyai kecacatan fizikal 'Brachymesophalangia Jenis A2'. Selain itu, alat batu prasejarah yang dijumpai di lembah ini terutama di Kota Tampan dikenali sebagai Hoabinh.


Singgah jap di Tasik Raban..

Pintu masuk ke Muzium Pra-sejarah negara..

Ni la saudara mara Perak Man,Kelantan Man..


Tekun & menghayati zaman purba..

The Exploration of Kinta Crew,30 Mei 2009

Cameron Highland,Pahang.

Senyum semua..

Bergambar di hadapan Pusat Informasi Cameron..

Santai sebentar di tanah tinggi..

Keindahan bunga di Cameron..


Ladang Teh yang terbentang luas & indah..

Lata Iskandar,Tapah.

Bergambar kat papan tanda masuk Lata Iskandar..


Percikan air terjun yang sejuk & nyaman..


Menerokai Hutan Lipur Lata Iskandar..

Green Ridge,Kampar.



Ni semua tgk peta ni ok..


Berada di kubu utama Green Ridge..