Seni Budaya Perak


Perak umpana gambaran 1Malaysia yang ideal dengan mempunyai pelbagai kaum dan masyarakat yang mendiami negeri bertuah ini. Melayu, Cina, India dan komuniti yang lain hidup harmoni di sini. Unsur-unsur animisme, Islam, Hindu-Buddha dan barat telah lama meresap dalam budaya fikir masyarakat di Perak ini lalu menyebabkan kepelbagaian unsur tersebut seolah-olah menjadi sebati.

Di Perak, adat istiadat dan kebudayaan Melayu penuh dengan keunikan tersendiri berdasarkan sifat kemelayuan itu sendiri. Khazanah adat termasuklah adat perkahwinan, persandingan, adat kelahiran dan segala busana yang diguna pakai oleh orang Melayu. Kemahiran dan ketinggian seni masyarakat Melayu pula dapat dilihat dari pelbagai aspek termasuk reka bentuk rumah, rukun, peraturan permainan sehinggalah ke soal harian seperti alat menangkap ikan dan bertani.


Di antara seni dan budaya Perak yang terkenal ialah busana 'Putera dan Puteri Perak', pelamin Melayu Perak, seni tekat benang emas, seramik dan labu sayong.