Karnival 1MINDEF

Pada 15 Disember lalu bersempena Majlis Pelancaran Program Pengiktirafan Veteran 1Malaysia, Kementerian Pertahanan telah menganjurkan Karnival 1MINDEF bertempat di Padang SMK Clifford, Kuala Kangsar, Perak. Pelbagai acara yang menarik yang terdapat seperti pameran kelengkapan ATM, kerjaya dan pendidikan, persembahan anjing perang, kawad senyap TLDM, brans band TUDM dan banyak lain lagi. 

Lan beli apa tu?

 
Selesai bertanya panjang lebar, barulah tulis nama di buku pelawat.


Nak cuba kejap senjata baru ATM ni..

Booth Pameran TUDM dengan model Sukhoi.
 
 
Navy is not a job it's an adventure.

 Kenderaan Pengaman PBB buatan Malaysia.
 Meriam Howitzer.
 
Cari apa tu?