23 February In Memory Of Taiping Day


TAIPING, 23 Februari - Bersempena hari ulang tahun Bandar Taiping ke 140, First Galleria telah menganjurkan satu program bagi memperingati hari yang bersejarah tersebut. Program tersebut telah dihadiri oleh sejarawan tempatan dan guru-guru sejarah dari sekolah-sekolah di sekitar Taiping. Peserta-peserta program ini turut dibawa ke galeri pameran dan didedahkan dengan latar belakang sejarah bandar Taiping. Dalam program itu, sekolah-sekolah di Taiping digalakkan bagi menyertai usaha-usaha memelihara warisan sejarah di bandar tersebut.


Jom Explore Bukit Berapit Black Hole 2014


PADANG RENGAS, 30 Januari - Satu program Pra-Pelancaran "Bukit Berapit Black Hole" iaitu Jom Explore Bukit Berapit Black Hole telah diadakan. Program tersebut bertujuan untuk mempromosi dan membangunkan terowong kereta api lama ini yang lebih dikenali oleh masyarakat setempat sebagai 'Lubang Gelap'. Lubang Gelap Bukit Berapit telah dibina pada tahun 1898 dan siap dibuka pada Julai 1903. Dengan siapnya terowong ini, lengkaplah laluan kereta api Malaya dari Prai ke Ipoh. Program yang bermula dalam pukul 3 petang ini telah menyelusuri tiga buah terowong yang panjang keseluruhannya adalah kira-kira 518 meter.