Visit to Pangkor Island
























Mendulang di Tin Valley Lost World Of Tambun

Tin Valley merupakan satu tarikan baru di Lost World of Tambun. Tarikan ini membolehkan para pengunjung kembali masa silam di mana era kegemilangan perlombongan bijih timah di Perak.

Pintu gerbang untuk memasuk ke Tin Valley.

Di sini, kita bukan sahaja boleh mengetahui tentang sejarah ini tetapi yang lebih menyeronokkan kita boleh mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti mendulang dan melihat artifak sebenar dari masa lalu di Tin Valley Galleria.


Perlombongan bijih timah di Semenanjung Malaysia telah diamalkan selama beratus-ratus tahun oleh orang Asli dan orang Melayu, kemudiannya datang Siam dan Mandailing  serta yang diikuti oleh pendatang Cina yang kebanyakannya Hakka.

Replika gajah yang dahulunya memainkan peranan penting dalam perlombongan bijih timah.

Semasa era perlombongan bijih timah di pertengahan abad ke-19, Lembah Kinta adalah salah satu kawasan yang paling aktif. Bandar-bandar seperti Ipoh, Kampar dan Tambun mempunyai sejarah perlombongan bijih timah yang kaya .

Perkembangan perlombongan bijih timah di Malaysia telah menarik minat orang Eropah, terutamanya Perancis dan British yang kemudiannya membawa kaedah perlombongan yang digunakan oleh mereka dari lombong emas di California.

Pameran Peranan Komuniti Ceylon di Taiping 1883-1963

Asal usul komuniti Ceylon ini bermula apabila dua Divisyen Ceylon Pioneers dari Ceylon (Sri Lanka) telah dijemput oleh Sir Hugh Low untuk menyiapkan landasan keretapi dari Port Weld - Taiping dalam tahun 1883.


Satu Divisyen terdiri daripada 100 Orang. Mereka terbahagi kepada 2 unit, A dan B. Mereka diketuai oleh seorang Sarjan. John Trump pula berupa Pegawai Pemerintah pada 1 Mei1883 hingga 31 Dec 1885.


Pameran mengenai komuniti Ceylon di Taiping ini telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka ke Malaysia pada petang 13 Januari yang lepas. Pameran tersebut yang berlangsung di First Galleria, Taiping akan berlangsung sehingga Mac 2013.



Antara yang menarik di dalam pameran ini ialah koleksi foto tokoh-tokoh Ceylon di Taiping dan gambar Persatuan Ceylon di Taiping sejak tahun 1950an berserta artifak bersejarah mereka.