Gopeng Heritage House

Gopeng Heritage House, bangunan rumah kedai lama yang berwarna merah ini terletak di tengah-tengah deretan kedai lama pekan Gopeng, 20km dari Ipoh. Ia telah dibina pada tahun 1906. Berbanding dengan Muzium Gopeng, rumah kedai ini sebenarnya lebih memaparkan kehidupan seharian hartawan Nyonya atau Cina Selat semasa era kegemilangan perlombongan bijih timah di Gopeng pada akhir abad ke-19.

      
Pelbagai barangan antik yang dipamerkan di sini telah digunakan sejak zaman pentadbiran British lagi. Di tingkat bawah, terdapat beberapa sudut yang menarik iaitu ruang tamu, dapur, kedai gunting rambut dan kopitiam manakala di tingkat atas terdapat pula bilik-bilik tidur dan verenda. 

     
Rumah Warisan Gopeng ini secara rasmi telah dirasmikan pada 17 April 2011. Ia dibuka secara percuma kepada pelawat pada Sabtu & Ahad dari pukul 9.30 pagi hingga 3.00 petang.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan