Rumah Tradisional Perak

Di Perak, rumah tradisional Melayu memiliki persamaan senibina seperti rumah tradisional Melayu yang lain di Semenanjung Barat Malaysia tetapi ia berbeza sedikit pada senibina bumbungnya. Rumah tradisional Melayu Perak sering dihiasi dengan senibina bumbung yang panjang dan dikenali sebagai 'bumbung Perak'. Selain itu, binaan Melayu Perak yang menarik dapat dilihat ialah pada anjung yang diukir dengan pelbagai motif. Berikut adalah contoh rumah tradisional Melayu di Perak. Kebanyakan rumah ini didirikan dengan tiang yang tinggi bagi bertujuan mengelakkan ditenggelami banjir.

 Rumah Kutai 

   
* Rumah Kutai yang berusia lebih daripada 100 tahun di Kuala Kangsar (kiri) dan Pasir Salak (kanan). Rumah Kutai ini dahulunya banyak didirikan di kawasan Lembah Sungai Perak dari Teluk Intan hingga Kuala Kangsar.

 Rumah Tradisional yang dipengaruhi oleh legasi British & Nusantara.
   
 Rumah Baitulrahmat di Kuala Kangsar (kiri) dan rumah tradisi Melayu di Kuala Kangsar juga.

   
 Rumah Melayu bercirikan Inggeris di Bota (kiri) dan sebuah Istana Lama di Kuala Kangsar (kanan).

 
Rumah agam milik Toh Sedewa Diraja di Ipoh.

 
Rumah kerajaan yang terdapat di Tanjung Malim (kiri) & Batu Gajah (kanan).

5 ulasan:

  1. Hisham, rumah gini boleh kita pergi tengok sendiri?

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh..masih ada banyak lagi rumah-rumah lama..yang dalam blog ni hanya rumah Melayu..tak termasuk rumah-rumah Inggeris dan Cina lagi..

      Padam
  2. boleh buat case study untuk assignment tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh sebab di Perak ni ada banyak bangunan warisan..

      Padam
  3. Assalamualaikum semua.. blh bertnya? mcm mne kite hendk menghubungi tuan punya rumah ni ye. atau pewarisnya ke..

    BalasPadam