Perak Di Persada Dunia : Hub Ekonomi Dunia

Pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20, negeri Perak merupakan hub ekonomi terbesar di dunia dan telah melonjakkan ekonomi Tanah Melayu (Malaysia) semasa itu. Berikut adalah bukti kegemilangan ekonomi negeri Perak pada suatu ketika dahulu sebagai sebuah negeri terkaya di Tanah Melayu.

Pengeluar getah dunia terbesar (1908-1910). Perak juga merupakan negeri pertama di Malaysia yang menerima penanaman getah apabila Residen British di Perak, Sir Hugh Low menanam biji getah di Kuala Kangsar pada tahun 1877. Pada era kemuncak harga getah dunia, seluruh negeri Perak telah dipenuhi dengan ladang-ladang getah.

Pengeluar bijih timah terbesar dunia (1910-1920). Negeri Perak amat kaya dengan hasil galian ini sehingga asal usul nama negeri ini turut dikatakan berasal daripada bijih timah yang bersinar 'perak'. Kawasan perlombongan bijih timah utama di Perak ialah di Batang Padang (abad ke-18), Larut (abad ke-19) dan Kinta (abad ke-20). 

Pengeluar tebu dunia terbesar (1900). Semasa penjajahan British, daerah Kerian di Perak telah menjadi sebuah kawasan penanaman tebu utama di Tanah Melayu.

3 ulasan:

  1. Hisham, pasni ceritalah pasal bangunan2 bersejarah kat Perak. Tinggalan penjajah. Dr Ishak ada cakap. Cantik2 katanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang ada..sebahagian bangunan bersejarah itu ada sham masukkan dalam portal Perak Historical Crew..

      Padam
    2. dalam blog ini pun ada, sila lihat pada post pada Jan & Mei 2011..bangunan-bangunan lama & masjid di Ipoh..

      Padam