Stesen Bas Medan Kidd, Ipoh

Stesen ini telah dibuka pada tahun 1938 di Hill Street (Kidd Road kemudiannya) dan dinamakan sebagai Kidd Road Station sempena nama pegawai British iaitu Major George Montgonery Kidd. Hal ini kerana terdapat sebuah lagi stesen bas di Jalan Tg. Rambutan, Ipoh.

Pada peringkat awal, stesen bas utama Ipoh ini dibina daripada kayu. Hanya pada tahun 1960, bangunan batu didirikan dan kekal sehingga kini.

Syarikat bas yang pertama beroperasi di sini ialah Red Buses & Green Buses(General Bus). Dalam tahun 1960,muncul syarikat baru seperti Ipoh Omnibus Co, Kinta Omnibus Co,General Omnibus and Reliance Co. Hari ini,kebanyakan syarikat ini bergabung sebagai satu syarikat iaitu Perak Transit.

1 ulasan: