Kisah Dua Sahabat di Zoo Taiping 2011



Pada 13 April 2011, tersebutlah kisah dua orang sahabat tiba-tiba pergi ke Taiping melawat Zoo Taiping iaitu zoo tertua dan pertama di Malaysia. Zoo ini begitu unik kerana landskapnya adalah asli sejak ia diwujudkan dan begitu indah kerana terletak di dalam kawasan Taman Tasik Taiping. Bayaran masuk ke zoo ini ialah RM10 sahaja.


Masa kami pergi ini tidak ramai orang sebab orang tak cuti macam kami ini..hehe.. Jadi boleh ler kami tengok haiwan tu puas-puas..Cuma ada juga budak-budak tadika melawat zoo macam kami..


Masa jalan-jalan keliling tengok haiwan-haiwan di zoo, tiba-tiba hujan.. Apa lagi main hujanlah jawabnya.. Tapi memang seronok.. Lepas hujan, udara di sini segar je dan tambah lagi bersiar-siar di Taman Tasik.. Taiping, Di sini tersimpan memori sebuah persahabatan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan