Istiadat Mengarak Panji-panji Yang Dipertuan Agong



4 Jun setiap tahun sering disambut sebagai Hari Ulang Tahun Keputeraan Yang Dipertuan Agong. Sempena sambutan tersebut, salah satu acara wajib diadakan ialah Istiadat Mengarak Panji-panji Yang Dipertuan Agong di Dataran Merdeka.


Sebelum bercerita panjang, kita tinjau dahulu sejarah Panji-panji Yang Dipertuan Agong. Panji-panji atau 'Colour' dalam bahasa Inggeris merupakan lambang kemegahan sesebuah negara atau kerajaan. Ia tidak boleh dibiarkan jatuh ke bumi dan harus dipertahankan hingga titisan darah terakhir.


Di Malaysia, terdapat lima Panji-panji yang dikurniakan oleh Yang Dipertuan Agong kepada pasukan tentera iaitu Rejimen Askar Melayu Diraja, Rejimen Renjer Diraja, Kor Armor Diraja, Tentera Laut Diraja dan Tentera Udara Diraja. Pengurniaannya adalah berdasarkan jasa dan bakti perjuangan yang ditunjukkan oleh pasukan tersebut terhadap negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan