Kenali Kesultanan Negeri Perak-Sultan Idris Mursyidul Azzam Shah I

Jika catatan yang sebelum ini menjelaskan secara ringkas mengenai latar belakang dan pendidikan Sultan Idris, catatan pada kali ini akan menyingkap latar belakang keluarga baginda Sultan Idris.

Sultan Idris pada usia remajanya lebih dikenali sebagai 'Raja Deris'. Hal ini berpunca daripada sebutan loghat Perak terhadap nama Idris.

Baginda adalah putera ketiga daripada empat adik-beradik iaitu Raja Teh Mas, Raja Kulop Muhammad, Raja Lope Ahmad dan Raja Hasan. Ayahanda baginda, Raja Alang Iskandar merupakan antara waris tahkta negeri Perak namun mangkat semasa bergelar Raja Bendahara. Bonda baginda pula bernama Che' Ken Uda Sari bin Abdul Rahman (Panglima Dalam).

Sultan Idris mempunyai keluarga yang besar dan telah berkahwin sebanyak tujuh kali. Berikut ialah isteri-isteri baginda:-

  1. Raja Perempuan Nuteh Aishah ibni Sultan Yusof (Sultan Perak ke-27)
  2. Tengku Permaisuri Che' Uteh Mariah bt. Sulaiman
  3. Sharifah Alawiyah
  4. Sharifah Maheran
  5. Che' Long Polam
  6. Che' Ngah Manah
  7. Che' Suyah

Hasil perkahwinan tersebut, Sultan Idris mempunyai 14 orang putera dan puteri.

3 ulasan:

  1. salam...syarifah alawiyah.....nama penuhnya camne...siapa ayahandanya dan berasal darimana.

    BalasPadam
  2. boleh tak pihak blogger pamerkan gambar isteri baginda iaitu syarifah alawiyah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Pihak kami tidak dapat data yang lengkap mengenai isteri-isteri baginda kecuali hanya dua orang iaitu Raja Perempuan dan Tengku Permaisuri. Ianya juga data Keluarga Diraja yang sukar diperolehi oleh umum. Terima kasih.

      Padam