Pengiktirafan Lembah Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) pada 30 Jun 2012 yang lalu telah meletakkan Perak di dalam peta pelancongan bertaraf dunia.
Sebelum ini, bandaraya Melaka dan Georgetown di Pulau Pinang telah mendapat pengiktirafan UNESCO pada tahun 2008 bagi kategori Bandar Raya Warisan Dunia. Gunung Kinabalu dan Gua Mulu juga turut menerima pengiktirafan UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia sebelum ini.
Permohonan kerajaan Perak untuk menjadikan Lembah Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia telah bermla sejak tahun 1992lagi dan panel pemilihannya tertakluk di bawah Program Warisan Dunia Antarabangsa UNESCO yang diwakili oleh wakil daripada 21 buah negara termasuk Malaysia.
Lembah Lenggong merupakan tempat di mana penemuan awal rangka manusia pra-sejarah di Semenanjung iaitu Perak Man yang berusia 11, 000 tahun yang dijumpai pada tahun 1991. Penemuan ini telah membuktikan kewujudan penempatan awal manusia dari Zaman Paleolitik di Perak khasnya dan Malaysia amnya. Kajian arkeologi ini telah diusahakan oleh Profesor Emeritus Dato' Dr. Zuraina Majib sejak tahun 1987 dan berjalan selama 25 tahun.
Selain itu, kajian terbaru oleh Pusat Arkeologi Global Universiti Sains Malaysia telah menjumpai kesan tinggalan pra-sejarah tamadun awal manusia Zaman Paleolitik seperti kesan kawah tahi bintang (meteor) dan kesan debu letusan gunung berapi dari Danau Toba, Indonesia yang berusia lebih 1.83 juta tahun dahulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan