The courage of Captain Raja Aman Shah

YM Captain Raja Aman Shah was the son of YAM Raja Haji Harun al-Rashid ibni Almarhum Sultan Idris Murshidul Azzam Shah, the Raja Kechil Sulong (1918-1945). He was born in 1902 and was educated at the Malay College Kuala Kangsar.

He was initially commissioned as 2nd Lieutenant in the 1st Perak Batallion of the Federated Malay States Volunteer Force (FMSVF) in 1929. He was also the Assistant District Officer in several districts around the Federated Malay States (FMS), including Ulu Selangor (1933-1934), Kuala Langat (1934-1936) and Jelebu (1936-1938), and was finally the District Officer for Port Dickson in 1938.

He was made Captain in the 3rd Negri Sembilan Batallion and served in World War 2 during the Japanese invasion of Malaya in 1941. When the FMS and Straits Settlement Volunteer Forces were mobilised at the beginning of the invasion, he applied to be released into military service, even though he could have remained as DO.

He and his comrades of the Volunteer Force fought bravely against the Japanese army in Johor and ultimately in Singapore in 1942. Following the fall of Singapore on February 15 1942, Capt Raja Aman Shah along with other soldiers from the Royal Malay Regiment and the British Volunteer Forces were rounded up in Farrer Park. In his book, Malay Nationalism Before Umno: The Memoirs of Mustapha Hussain, Mustapha Hussain described the selflessness of Capt Raja Aman Shah who declined an escape attempt from the Farrer Park detention camp and was willing to cover for a fellow POW from Perak if there was an investigation by the Japanese. He was also initially given a chance to be released, but declined when he was told that the release letter was for him alone. He then said that it was Allah’s will if he was to be released, and it was also Allah’s will if he and his comrades were to die together.

On February 28th 1942, he and the other POWs were marched on foot from Farrer Park to Geylang. Whilst many Malay volunteers were released to return home by the Japanese, the remaining Malay officers that remained were rounded up and brought to Bedok where all were shot at close range in trenches. The bodies of these Malay Officers, along with that of Capt Raja Aman Shah, were left where they fell, and were not accorded a formal burial.

Capt Raja Aman Shah was posthumously decorated and was commemorated on the Singapore Memorial at the Kranji War Cemetery in Singapore.

[YM Capt Raja Aman Shah Raja Harun Al Rashid was married to YAM Tunku Baharum binti Almarhum Sultan Abdul Hamid, daughter of the Sultan of Kedah, and one of his sons was also an officer of the Armed Forces, YM Major (R) Raja Ahmad Feisal Raja Aman Shah.]

Reference:
1. RoyalArk.net
2. Hussain M. Courageous fighting Malay men. In Malay Nationalism Before Umno: The Memoirs of Mustapha Hussain. p 9-14
3. Sheppard M. Man of valour. In MCKK Impressions (1905-2005). p 10-12
4. www.roll-of-honour.com

(Dipetik dan diubahsuai daripada SembangKuala, 31 Julai 2012)

Tugu Pahlawan Perak

Bersempena Hari Pahlawan hari ini, kami akan membawa pembaca untuk mengingati semula perjuangan pahlawan Melayu Perak menentang British di Perak pada tahun 1875. Perjuangan mereka ini telah diabadikan pada sebuah monumen yang dikenali sebagai Tugu Pahlawan Perak. Tugu ini terletak di Kompleks Sejarah Pasir Salak, Perak Tengah.

Tugu Pahlawan Perak ini sebenarnya telah dibina  pada tahun 1990 sempena pembinaan fasa pertama Kompleks Sejarah Pasir Salak. Ia telah dirasmikan oleh D.Y.T.M. Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pada 26 Mei 1990.

Di atas tugu ini diletakkan sebilah replika sundang berlatar belakangkan bunga kelompang, bunga rasmi negeri Perak dahulu. Ia melambangkan kepahlawanan pejuang Melayu seperti Dato' Maharaja Lela, Dato' Sagor, Pandak Indut dan ramai lagi yang terlibat dalam peristiwa pembunuhan J.w.w. Birch, Residen British di Perak yang pertama. Pembunuhan ini telah mencetuskan peperangan antara pahlawan Perak dan British selama setahun. Sundang juga merupakan senjata yang digunakan oleh para pejuang Perak dalam menamatkan riwayat Birch di Pasir Salak semasa itu.

Keringat di Bukit Larut

ALIAH Ahmad atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Yeh melakonkan semula cara mendulang bijih timah yang dipelajari daripada bapanya kira-kira 50 tahun lalu semasa membijih di Bukit Pelita (Charok Murah), Bukit Larut, Taiping Perak. Gambar kecil menunjukkan mercu tanda Bukit Larut pada ketinggian 1,036 meter dari paras laut.

BUKIT Larut yang juga dikenali sebagai Bukit Maxwell diterokai pembantu Residen British di Perak, William George Maxwell untuk dijadikan lokasi percutian para pembesar Inggeris. Sesuai dengan status sebagai destinasi percutian tanah tinggi tertua, kawasan bukit tersebut menjadi tumpuan kerana iklimnya yang nyaman dan sejuk kerana menerima taburan hujan tertinggi sepanjang tahun di Malaysia.

Semenjak diterokai oleh George Maxwell kira-kira 128 tahun lalu, Bukit Larut terus menjadi tumpuan pelancong yang gemarkan suasana damai dikelilingi kehijauan alam semula jadi.

Siapa sangka di sebalik keunikan dan keindahan flora dan fauna di hutan dara tersebut, tersembunyi khazanah alam yang sinonim dengan daerah Larut sehingga mencetuskan pertelingkahan antara puak Ghee Hin dan Hai San pada tahun 1861.

Setelah 100 tahun berlalu, sekitar tahun 1960-an, penduduk Kampung Anak Kurau menghidupkan kembali aktiviti melombong bijih timah di Bukit Larut dengan menggunakan kaedah tradisional.

Biarpun terpaksa mendaki bukit setinggi 986 meter dari aras laut dan 'berkampung' di Charok Murah (Bukit Pelita) selama berminggu-minggu ia tidak menjadi halangan kepada penduduk kampung untuk mendapatkan 'emas hitam' tersebut.

Nyawa seolah-olah berada di hujung tanduk untuk mengeluarkan khazanah alam itu, namun demi meneruskan kelangsungan hidup mereka rela dalam terpaksa.

(Dipetik daripada Utusan Malaysia, 21 Julai 2012)

Raja Di Takhta Bernoktah Tiada


Semenjak Sultan Mudzaffar Shah ditabalkan sebagai Sultan Perak yang pertama pada tahun 1528, negeri Perak telah berkembang maju dan mengalami pembangunan dari segala aspek terutamanya dalam segi ekonomi dan sosial. Pembangunan secara menyeluruh ini amat ketara sehinggalah ke hari ini di bawah pemerintahan Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah.

Sultan Idris Murshidul Azzam Shah (1887-1916).

Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah di Kuala Kangsar.
Jika diteliti dengan rapi, jasa, peranan dan sumbangan yang telah dikurniakan oleh Raja-raja Pemerintah negeri Perak terutamanya dalam memelihara kemakmuran rakyat, memartabatkan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi serta perkembangan ilmiah sebagai dasar pembinaan insan sukar untuk dipertikaikan. Ini dapat dilihat terutamanya semenjak pemerintahan Sultan Idris Murshidul Azzam Shah pada tahun 1887, negeri Perak telah mengalami kemajuan yang amat pesat khususnya di bidang pendidikan dengan terbinanya beberapa buah pusat pengajian tinggi seperti Universiti Pendidikan Sultan Idris di Tanjung Malim, Universiti Teknologi PETRONAS di Tronoh, Universiti Teknologi Tunku Abdul Rahman di Kampar dan Universiti Perubatan di Ipoh yang telah memberi sumbangan yang amat tinggi terhadap pembangunan modal insan negeri Perak dan negara Malaysia amnya. Kolej Islam Darul Ridzuan pula telah dinaik taraf kepada Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah  dalam melahirkan lebih ramai lagi insan kamil lagi cemerlang yang berteraskan Al-Quran dan Al-Sunnah, diatas perkenan Sultan Azlan Shah. Baginda berpendapat bahawa pengajian tinggi Islam dalam negeri Perak mesti diperdalami dan dipertingkatkan seimbang dengan perkembangan pendidikan tinggi nasional. Kolej Melayu Kuala Kangsar yang ditubuhkan pada tahun 1905, yang juga merupakan alma mater kepada Sultan Azlan Shah, kekal sebagai sekolah terulung di negara ini yang melahirkan ramai tokoh-tokoh negarawan yang berwibawa.

Sultan Idris II (kanan sekali) sewaktu merasmikan Masjid Negeri (kini Masjid Sultan Idris Shah) pada 15 september 1978.
Sebagai Ketua Agama Islam di peringkat negeri, Raja-raja Pemerintah negeri Perak telah memberi perhatian khusus dalam perkembangan ajaran agama Islam. Dalam usaha mengembangkan syiar Islam dan menghayati ajarannya, Sultan Iskandar Shah (1918-1938) telah menulis dan menerbitkan sebuah kitab agama yang bertajuk “Risalah Iskandar Shah”. Demi memperkukuhkan lagi ajaran Islam, penglibatan Raja-raja Pemerintah Negeri Perak terutamanya dalam pembinaan masjid amat terserlah. Ini terbukti dengan terbinanya banyak masjid di sekitar negeri Perak seperti masjid Ubudiah, Masjid Ridzwaniah dan Masjid Kampung Kuala Dal di Kuala Kangsar serta Masjid Sultan Idris II dan Masjid Sultan Azlan Shah di Ipoh. Sewaktu pemerintahan Sultan Idris II (1963-1984), Baginda dari semasa ke semasa kerap mengingatkan para ulama agar penghayatan Islam itu harus diperhalusi dengan kaedah yang bersesuaian dengan peredaran zaman. Ini dapat dilihat melalui amanat terakhir Baginda tiga hari sebelum kemangkatan pada 30 Januari 1984. Sepanjang pemerintahan Sultan Azlan Shah pula, pentadbiran Majlis Agama Islam Negeri diperkemaskan lagi mengikut keperluan semasa dan kemaslahatan para imam dan bilal dijaga dengan baik sejajar dengan tugas dan tanggungjawab mereka.

Keluaran Dalam Negeri Kasar negeri Perak pada tahun 2010.

Perlombongan bijih timah pada awal kurun ke-19.
Sejak zaman berzaman lagi ekonomi negeri Perak masyhur dengan kekayaan hasil bumi, terutamanya dari perlombongan bijih timah dan tanaman getah. Malah, pokok getah yang pertama ditanam di negara ini adalah yang ditanam di negeri Perak sewaktu pemerintahan Sultan Yusuf Sharifuddin Mudzaffar Shah (1876-1887) pada tahun 1877. Semenjak itu, industri getah asli telah menjadi salah satu sumber utama ekonomi negara. Kini sumber pendapatan negeri Perak telah dipelbagaikan dan tidak lagi bergantung sepenuhnya dari hasil perlombongan bijih timah dan tanaman getah sahaja. Di bawah pemerintahan Sultan Azlan Shah, sektor perkhidmatan (jadual di atas) kini merupakan penyumbang utama kepada ekonomi bagi negeri Perak termasuk perubahan-perubahan dalam bidang teknologi dan perindustrian seperti contoh pembangunan Bandar PROTON di Tanjung Malim.

Sultan Iskandar kelihatan berdiri (empat dari kanan) selepas perlawan polo menentang pasukan  Duke of Kent. (Gambar ihsan dari keluarga DYAM Raja Ekram ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzudin)
Selain dari itu, Raja-raja Pemerintah negeri Perak amat sinonim dengan kemajuan sukan negara dan menjadi tunggak di dalam  acara-acara santai. Sultan Iskandar Shah (1938-1948) amat terkenal dalam sukan polo manakala Sultan Abdul Aziz (1938-1948) pula dalam permainan tenis.Sultan Yussuf Izzuddin Shah (1948-1963), iaitu ayahanda kepada Sultan Azlan Shah pula adalah Sultan yang pertama di negara ini yang memacu pesawat luncur angin (glider) pada tahun 1953.Sultan Idris II (1963-1984) pula amat dikenali ramai kerana penglibatan baginda dalam sukan air dan juga sebagai ahli muzik yang masyhur. Jasa dan sumbangan Sultan Azlan Shah dalam sukan hoki negara dan juga di peringkat antarabangsa menerusi Kejohanan Hoki Dunia dan Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah tidak perlu untuk diperkenalkan lagi. Selain dari itu, Sultan Azlan Shah turut memainkan peranan penting untuk menyedarkan rakyat dan kerajaan negeri mengenai pemeliharaan alam sekitar. Atas daya usaha Baginda, hutan sekitar Tasik Banding telah diisytiharkan dan dipelihara sebagai khazanah alam semula jadi. Hutan yang diberi nama “Royal Belum” ini telah menarik perhatian ramai pencinta alam semula jadi seluruh dunia.

Sultan Azlan Shah menyampaikan Piala kemenangan kepada ketua pasukan India pada tahun 2009.
Sesungguhnya negeri Perak amatlah bertuah kerana diperintah oleh Raja-raja Pemerintah negeri Perak yang berdaulat lagi berpandangan jauh. Jasa dan sumbangan yang telah dikurniakan oleh Raja-raja Pemerintah negeri Perak dalam pembentukan negara moden Malaysia seharusnya terus dihayati dalam mengekalkan kedaulatan negara ini. Secara keseluruhannya, institusi DiRaja amat penting dalam pembentukan sesebuah bangsa dan kedaulatan negara. Perhubungan ini berkait rapat dengan kesejahteraan dan kemakmuran rakyat sejajar dengan peredaran zaman mahupun keperluan semasa.
(Dipetik daripada SembangKuala.wordpress.com)