Sejarah Mufti Negeri Perak


Institusi Mufti Perak telah bermula sejak tahun 1935 apabila baginda Sultan Iskandar dengan rasminya telah melantik Tuan Haji Muhammad Zain bin Muhammad Amin sebagai Mufti Perak yang pertama. Sebelum itu, Tuan Haji Muhammad Zain ialah guru agama kepada baginda Sultan.

Pejabat Mufti Perak ini adalah bertempat di bangunan yang sekarang ini menjadi Dewan Orang Ramai Jalan Istana Bukit Chandan Kuala Kangsar. Sebelum ini tempat tersebut merupakan Pejabat Setiausaha Sulit kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan.

Tuan Haji Muhammad Zain ini juga merupakan bapa kepada Dato Seri Haji Ali Zaini iaitu bekas Speaker Negeri Perak. Pada tahun 1941, Mufti Perak yang pertama meninggal dunia.

Selepas itu jawatan Mufti ini telah disandang oleh Tuan Haji Ismail Hamzah yang kemudiannya meninggal dunia pada 5 Oktober 1954. Pada 1 November 1955 dilantik pula Tuan Haji Tahir dan beliau bersara pada 31 Disember 1957.

Kemudian, diganti pula oleh Tuan Haji Sha’aya bin Abdul Majid yang meninggal dunia pada 12 Julai 1963. Selepas itu, jawatan Mufti disandang oleh Dato’ Haji Abu Hassan bin Abdul Majid DPMP, dan apabila beliau bersara dalam tahun 1977 jawatan Mufti telah digantikan oleh Dato’ Haji Muhammad Ghazali bin Haji Abdullah yang kemudiannya bersara pada tahun 1981.

Selepas daripada itu, telah dilantik Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan, Dato’ Haji Abdul Malek bin Haji Nordin. Pada tahun 1985 Dato Haji Abdul Malek telah menamatkan kerjayanya dan akhirnya telah disandang pula oleh Dato’ Seri Haji Harussani bin Haji Zakaria sehinggalah sekarang ini.

SENARAI MUFTI NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

1. Tuan Haji Muahammad Zain bin Muhammad Amin (1935-1941)
2. Tuan Haji Ismail bin Haji Hamzah (1941-1954)
3. Tuan Haji Muhammad Tahir bin Muhammad Saman (1955-1957)
4. Tuan Haji Sha'aya bin Abdul Majid (1957-1963)
5. Dato' Haji Abu Hassan bin Abdul Majid DPMP (1963-1977)
6. Dato' Haji Muhammad Ghazali bin Haji Abdullah (1977-1981)
7. Dato' Seri Haji Abdul Malek bin Haji Nordin (1981-1985)
8. Tan Sri Dato' Seri Haji Harussani bin Haji Zakaria (1985 hingga sekarang)


2 ulasan: