Catatan sejarah membuktikan bahawa Bandar Raya Ipoh telah dibuka oleh masyarakat Melayu yang diketuai oleh Datuk Panglima Kinta pada abad ke-19. Ia bermula dengan sebuah perkampungan Melayu bernama Paloh yang kemudian berubah kepada Epu (Ipoh) sempena nama pokok Ipoh. Atas daya usaha Datuk Panglima Kinta Mohammad Yussof telah berjaya membangunkan Ipoh bersama-sama orang Cina yang bermigrasi ke sini sehingga berkembang pesat seperti sekarang ini.
Namun begitu hari ini tidak banyak warisan sejarah masyarakat Melayu yang masih terdapat di sini. Hanya beberapa bangunan warisan orang Melayu yang utuh berdiri di sekitar Kampung Paloh dan Kampung Kuchai seperti Masjid Paloh, Masjid Panglima Kinta, Madrasah Sharifah, Madrasah Kamaliah dan Sekolah Melayu Kg. Kuchai. Sedangkan pada masa dahulu, kawasan sekitar ini merupakan pusat kegiatan utama masyarakat Melayu di Ipoh terutama politik yang mana menyaksikan penubuhan UMNO Perak.
Apa yang menyedihkan lagi adalah keadaan bangunan-bangunan tersebut yang begitu uzur serta terbiar. Malahan ada juga bangunan warisan Melayu ini telah dibeli oleh orang Cina dan dijadikan bengkel kereta seperti Rumah Datuk Seri Adika Diraja dan beberapa rumah besar di Kampung Kuchai. Tidak kurang juga beberapa bangunan warisan tersebut telah rebah menyembah bumi seperti rumah Penghulu Sg. Raia dan bangunan kedai yang dahulunya menempatkan pejabat Persatuan Melayu Perak.
Jika warisan yang ada ini tidak dipuliharakan maka dikhuatiri akan lenyaplah bukti-bukti sejarah masyarakat Melayu di Ipoh seperti apa yang terjadi di Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Singapura. Ia tidak mustahil kerana hari ini pun, tidak ramai yang mengetahui sejarah dan peranan yang pernah dimainkan oleh Datuk Panglima Kinta suatu ketika dahulu.
Oleh itu diharapkan pihak-pihak berkenaan seperti Kerajaan Negeri dan Jabatan Warisan mengambil perhatian terhadap masalah ini. Keprihatinan terhadap warisan ini dapat dilakukan dengan kerja-kerja pemuliharaan atau mewujudkan sebuah galeri sejarah orang Melayu di Ipoh. Contohnya seperti baru-baru ini Rumah Teh di Pulau Pinang yang berjaya diselamatkan oleh kerajaan dan kini berfungsi sebagai Galeri Warisan Melayu. Tanpa sejarah, hilanglah jati diri dan asal usul sesuatu bangsa itu.

hi assalamualaikum, saya pelajar dari UiTM Perak, saya sedang membuat thesis yang bertajuk "Hubungan antara bangunan warisan terbiar dengan keselamatan komuniti sekeliling".
BalasPadamJadi boleh saya tahu, gambar rumah kedai di gambar yang ketiga itu bertempat di mana ya?
Sekiranya ada pertanyaan lebih lanjut, boleh hubungi di alamat di bawah.
Nama: Ezmira
No.tel: 0194770353
Email: ezmirafarhanahh@gmail.com
Terima kasih.