Sejak kebelakangan ini, keamanan negara tercinta ini sering diganggu gugat oleh sesetengah pihak yang mempertikaikan kedudukan agama Islam dan hak istimewa orang Melayu. Layakkah pihak-pihak tersebut berbuat demikian? Siapa mereka yang hendak menjadi tuan di tanah bertuah ini? Sejarah telah membuktikan akibat kelemahan orang Melayu sendiri, hak orang Melayu dirampas oleh penjajah. Kira-kira 100 tahun lebih, politik dikuasai oleh British dan ekonomi dimonopoli oleh golongan imigran. Maka, salahkah orang Melayu yang baru 53 tahun merdeka merasai hak-hak yang hilang dahulu di tanah air sendiri.
Di negeri Perak, suatu ketika dahulu kuasa politik dan ekonomi dikuasai sepenuhnya oleh orang-orang Melayu. Buktinya, Menteri Ngah Ibrahim telah berjaya memajukan sektor ekonomi negeri dengan perusahaan perlombongan bijih timah di Larut sehingga beliau menjadi jutawan di Malaya pada abad ke-19. Namun, ada pihak yang tamak dan dengki dengan kejayaan anak Melayu itu telah merencanakan kekacauan dan pergaduhan buruh-buruh Cina di Larut. Hal ini ditambah dengan perpecahan sesama orang Melayu dalam politik ketika itu sendiri telah mengundang satu malapetaka kepada nasib bangsa.
Perjanjian Pangkor 1874 di Perak yang dianjur oleh pihak British telah menodai hak ketuanan Melayu di buminya sendiri. Sultan Melayu tidak lagi berkuasa dan kuasa baginda dirampas oleh Residen British yang bernama J.W.W Birch. Budaya, bahasa dan adat resam orang Melayu dihina oleh Birch. Ekonomi yang dirampas oleh British telah diberikan kuasa monopoli kepada orang Cina. Bayangkan nasib orang Melayu di Perak ketika itu yang tercabar.
Maka tidak hairanlah apabila Birch menemui ajalnya di tangan pahlawan-pahlawan Melayu Perak yang mempertahankan serta menuntut kembali hak ketuanan Melayu. Peristiwa pembunuhan Birch di Pasir Salak adalah bukti keberanian orang Melayu dalam perjuangannya. Jangan dicabar hak ketuanan Melayu di tanah airnya dan sejarah mungkin berulang. Orang-orang Melayu pada masa kini perlu segera sedar dari buaian mimpi dan mempertahankan hak-hak mereka daripada tergadai. Jika hilangnya negara ini dari kekuasaan Melayu, bagaimanakah kita hendak menegakkan agama Islam. Mahukah generasi Melayu akan datang merempat di negaranya dan menyalahkah kelalaian generasi hari ini. Apa yang generasi hari ini akan jawab di hadapan Yang Maha Esa sekiranya malapetaka ini terjadi lagi di masa hadapan? Fikir-fikrkanlah demi agama, bangsa dan negara..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan