IPOH 19 Ogos - Menyedari lagu rasmi negeri Perak, Allah Lanjutkan Usia Sultan semakin terpinggir di kalangan anak jati negeri ini, Perpustakaan Tun Razak di sini mengambil inisiatif mempamerkan lirik lagu tersebut selama sebulan.
Penolong Pegawai Perpustakaan, Noor Afitza Pawan Chik berkata, lirik lagu tersebut akan dipamerkan sempena Pameran Perak Ke Arah Kemerdekaan yang berlangsung hari ini sehingga 18 September nanti.
"Lagu rasmi negeri Perak jarang dinyanyikan di sekolah-sekolah kerana kebanyakan sekolah sekarang hanya menyanyikan lagu sekolah masing-masing dan lagu Negaraku.
"Ini menyebabkan lagu Allah Lanjutkan Usia Sultan yang melodinya sama dengan lagu kebangsaan semakin dilupakan. Ramai anak jati Perak, terutamanya golongan muda yang tidak tahu lirik lagu ini," katanya selepas majlis pelancaran Pameran Perak Ke Arah Kemerdekaan di sini semalam.
Majlis dirasmikan oleh Ahli Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Shahul Hamid Mydin Shah.
Menurut Noor Afitza, pameran tersebut akan bermula pukul 10 pagi sehingga enam petang pada bulan Ramadan dan akan dilanjutkan sehingga pukul lapan malam selepas bulan puasa.
Sementara itu Shahul berkata, pameran tersebut adalah kesinambungan daripada program kibar Jalur Gemilang yang dianjurkan oleh MBI pada 16 Ogos lalu.
Pameran tersebut katanya, bertujuan memberi pendidikan kepada pengunjung terutamanya pelajar sekolah sejarah kemerdekaan di Perak.
Pada masa yang sama katanya, ia juga bertujuan menanam semangat patriotik di kalangan golongan muda sempena dengan sambutan bulan kemerdekaan.
"MBI telah mengedarkan surat makluman kepada Pengarah Pelajaran negeri supaya mengadakan satu jadual untuk membolehkan semua sekolah mengadakan lawatan ke pameran tersebut.
"Dengan adanya pameran sebegini, sejarah Perak dan pejuang-pejuang Melayu dahulu tidak dilupakan. Selain menghayati perjuangan kemerdekaan negara, mereka juga akan menghayati jasa pejuang Melayu Perak," katanya.

(Dipetik daripada Utusan Malaysia, 20 Ogos 2010)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan