Bangunan utama Universiti Pendidikan Sultan Idris di Tanjung Malim sebenarnya pernah digunakan sebagai markas terakhir tentera British di Perak sebelum berundur ke Kuala Kubu,Selangor pada 7 Januari 1942.Selain itu,tentera British turut menjadikannya sebagai hospital tentera.Kemudian,tentera Jepun telah menubuhkan markas mereka pula di bangunan ini selama pendudukan Jepun (1942-1945).
Bangunan ini telah mula dibina pada tahun 1919 dan siap dirasmikan pada 29 November 1922 oleh Sir George Maxwell.Sejak itu bangunan ini telah banyak menabur bakti dalam bidang pendidikan tanah air sebagai Maktab Perguruan (SITC),kemudian kepada Institusi Pendidikan (IPSI) dan seterusnya menjadi Universiti Pendidikan Sultan Idris pada 1 Mei 1997(UPSI).Kini,bangunan utama ini telah digunakan sebagai Muzium Pendidikan Nasional.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan