Jambatan yang berusia lebih seratus tahun ini terletak di Karai,Kuala Kangsar.Ia merentangi Sungai Perak telah dibina pada tahun 1898 dan siap dirasmikan pada 21 Julai 1900 oleh Sultan Idris Shah I(1887-1916).Semasa serangan tentera Jepun di Perak pada tahun 1941,tentera British telah meletupkan jambatan ini untuk melambatkan kemaraan tentera Jepun.Di sekitar Jambatan Victoria ini,masih terdapat sehingga kini beberapa kubu asal yang dibina oleh tentera British untuk mengawal jambatan ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan