Tindakan kerajaan melarang kepulangan Chin Peng ke Malaysia adalah wajar. Hal ini kerana majoriti rakyat Malaysia tidak dapat melupakan keganasan dan kezaliman pengganas Komunis di tanah air kita yang tercinta ini semasa era Darurat (1948-1960) dan era Insurgensi (1967-1989).
Sebenarnya keganasan Komunis telah bermula sejak tahun 1930an lagi dengan tindakan mereka menjejaskan kegiatan ekonomi negara dan menghasut rakyat seperti peristiwa mogok besar di Batu Arang,Selangor.
Apabila tamatnya zaman pendudukan Jepun di Malaya pada tahun 1945,Komunis menerusi Bintang Tiga (MPAJA) telah mengambil alih pentadbiran Malaya sebelum tentera British menawan kembali Malaya selama 14 hari.Dalam tempoh singkat tersebut mereka telah melakukan pelbagai kekejaman terhadap rakyat dengan menyerang masjid,balai polis dan kampung serta membunuh pemimpin Melayu.Hal ini telah mencetuskan konflik perkauman yang serius ketika itu.
Darurat terpaksa diisytiharkan pada tahun 1948 setelah Komunis melakukan keganasannya demi menjayakan cita-cita durjana mereka untuk menubuhkan sebuah kerajaan Komunis di Malaya.Ramai anggota keselamatan,polis,tentera dan rakyat yang tidak berdosa yang terbunuh dan sengsara akibat angkara pengganas Komunis seperti trajedi Bukit Kepong,Johor (1950) dan trajedi Sungai Semur,Kelantan.
Sesungguhnya,generasi muda perlu didedahkan dengan terperinci tentang keburukan Komunis seperti kenyataan Datuk Seri Rais Yatim,Menteri Penerangan,Komunikasi dan Kebudayaan.Mereka seharusnya memahami konsep sebenar Komunisme tersebut yang tidak mempercayai agama dan harus ingat bahawa idelogi ini telah diasaskan oleh Karl Marx,iaitu seorang Yahudi.Idelogi Komunis tidak patut hidup dalam pemikiran rakyat Malaysia dan buku-buku yang mengagungkan pemimpin Komunis wajar diharamkan.BELAJAR DAN AMBILLAH IKTIBAR DARIPADA SEJARAH..