Pada 10 Januari 2014 bertempat di hadapan Stesen Keretapi Ipoh telah diadakan Majlis Perasmian Brosur Pakej Pelancongan Keretapi bersempena promosi Tahun Melawat Malaysia 2014. Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Seri Mohamad Nazri, Menteri Pelancongan & Kebudayaan yang tiba bersama delegasi pelancong asing dari Kuala Lumpur dengan menaiki Keretapi Elektrik Berkembar (ETS) pada pukul 9 malam. Selesai sahaja perasmian, majlis telah diserikan dengan persembahan kebudayaan dan artis jemputan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan