Masyarakat Rao' Di Perak

Istilah Rao merujuk kepada satu etnik bangsa Melayu dari Kabupaten Pasaman di Sumatera barat. Menurut sejarah, golongan petani merupakan kumpulan pertama masyarakat Rao yang berhijrah ke Tanah Melayu pada sekitar abad ke-5 Masihi. Faktor perdagangan bebas semasa era Kesultanan Melayu Melaka dalam abad ke-15 telah menggalakkan penghijrahan masyarakat Rao ini. Perang Padri (1816-1833) yang berlaku di Sumatera semasa penjajahan Belanda di Indonesia telah membawa kepada penghijrahan secara besar-besaran mereka ke Tanah Melayu.

Di Perak, masyarakat Rao mulai datang menerusi Sungai Perak, Sungai Kinta & Sungai Kampar pada tahun 1850an. Petempatan awal mereka ialah di Kampung Chulek, Jahang hingga ke Kampung Rao yang kemudian dinamakan sebagai Gopeng. masyarakat ini pernah terlibat dalam aktiviti perlombongan bijih timah di Gopeng pada abad ke-19. Hari ini masyarakat Rao di sini masih mengamalkan adat dan budaya tradisi mereka seperti adat berjojak dan makanan seperti kelamai. Mengamati fizikal mereka, tiada banyak berbeza dengan Melayu Malaysia cuma bahasa pertuturannya berbeza iaitu seakan-akan Minang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan