The Faces of Ipoh Exhibition




The exhibition “Faces of Ipoh” was brought about by the people of Ipoh itself. A walkabout, making small talk with more than a hundred people around town, led to people opening up about their lifestyles, their dreams and inspirations. Despite coming from multiple walks of life, beliefs and age groups, a common theme among them is their love and hopes for Ipoh. This exhibition also gives an opportunity and voice for the people to express the changes they would like to see in Ipoh in the years to come. Come and see this photography exhibition at Sepaloh Art Centre at 16, Jalan Sultan Iskandar, Ipoh and the gallery is open everyday except Mondays, from 10AM - 5PM. Faces of Ipoh exhibition ends 25th May 2014. Free Admission.

Hari Terbuka Armada TLDM & Karnival 1MINDEF 2014

Bersempena Hari Ulang Tahun ke-80 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Kementerian Pertahanan & TLDM telah menganjurkan Hari Terbuka Armada dan Karnival 1MINDEF di Pengkalan TLDM Lumut, Perak pada 26 & 27 April 2014. Majlis ini telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Selangor selaku Komander Kehormat TLDM. Menerusi program ini, orang ramai berpeluang mengunjungi kapal-kapal TLDM yang dibuka kepada umum pada hari tersebut seperti kapal selam KD Tunku Abdul Rahman. Orang ramai juga disajikan dengan persembahan demostrasi ketenteraan oleh TLDM.






Masjid Paloh

Masjid Paloh yang telah siap dibina oleh Dato Seri Adika Raja Wan Mohamed Salleh pada tahun 1912 merupakan antara masjid tertua di Ipoh. Kini masjid berusia 102 tahun ini menjadi simbol legasi sejarah petempatan orang Melayu di Ipoh pada suatu ketika dahulu.





Lawatan ke Made In Penang Interactive Museum.

Discover the Penang UNESCO heritage via 3D art museum. This currect museum at No.3 Weld Quay was originally the site of the historic Bahn Mayer Co. Buliding (was started its branch in Penang in 1891 by two Germans, August Behn & Valentin Lorenz Mayer).



23 February In Memory Of Taiping Day


TAIPING, 23 Februari - Bersempena hari ulang tahun Bandar Taiping ke 140, First Galleria telah menganjurkan satu program bagi memperingati hari yang bersejarah tersebut. Program tersebut telah dihadiri oleh sejarawan tempatan dan guru-guru sejarah dari sekolah-sekolah di sekitar Taiping. Peserta-peserta program ini turut dibawa ke galeri pameran dan didedahkan dengan latar belakang sejarah bandar Taiping. Dalam program itu, sekolah-sekolah di Taiping digalakkan bagi menyertai usaha-usaha memelihara warisan sejarah di bandar tersebut.


Jom Explore Bukit Berapit Black Hole 2014


PADANG RENGAS, 30 Januari - Satu program Pra-Pelancaran "Bukit Berapit Black Hole" iaitu Jom Explore Bukit Berapit Black Hole telah diadakan. Program tersebut bertujuan untuk mempromosi dan membangunkan terowong kereta api lama ini yang lebih dikenali oleh masyarakat setempat sebagai 'Lubang Gelap'. Lubang Gelap Bukit Berapit telah dibina pada tahun 1898 dan siap dibuka pada Julai 1903. Dengan siapnya terowong ini, lengkaplah laluan kereta api Malaya dari Prai ke Ipoh. Program yang bermula dalam pukul 3 petang ini telah menyelusuri tiga buah terowong yang panjang keseluruhannya adalah kira-kira 518 meter.

Taiping Public Garden & Surrounding Exhibition

Bersempena hari ulang tahun ke-140 Perjanjian Pangkor, satu pameran yang bertajuk 'Taiping Public Garden & Surrounding' telah dilancarkan di First Galleria, Taiping pada 20 Januari 2014. Pameran yang begitu menarik mengetengahkan keunikan sejarah silam Taman Tasik Taiping dan kawasan di sekitarnya ini sebagai taman rekreasi buatan manusia yang pertama di negera kita sejak tahun 1884 serta tersenarai dalam 33 Perkara Pertama di Malaysia. Selain itu, dua buah pameran lain yang berkaitan sejarah bandar Taiping turut diadakan iaitu 'Taiping, Ibukota Perak' dan 'Kemunculan Daerah Larut'. Majlis pelancaran pameran ini telah bermula pada pukul 11 pagi dan berakhir sekitar pukul 1 petang.





Victoria Bridge Green Day 2014

Pada 12 Januari 2014, satu program yang dikenali sebagai Victoria Bridge Green Day telah diadakan di Kampung Seberang Karai, Kuala Kangsar. Program ini bermatlamat untuk mempromosikan Jambatan Victoria iaitu sebuah jambatan keretapi lama yang berusia 114 tahun sebagai sebuah tarikan pelancongan yang baharu di Parlimen Padang Rengas. YB Dato' Seri Mohamad Nazri, Menteri Pelancongan & Kebudayaan serta merangkap Ahli Parlimen Padang Rengas turut hadir dan merasmikan program ini pada tengah hari tersebut. Pelbagai aktiviti menarik telah berlangsung sepanjang program ini seperti persembahan kebudayaan, demostrasi silat, kenduri rakyat, aktiviti berakit, tembakan meriam buluh gergasi dan gerai-gerai pameran.






Majlis Perasmian Brosur Pakej Pelancongan Keretapi TTM2014 Negeri Perak



Pada 10 Januari 2014 bertempat di hadapan  Stesen Keretapi Ipoh telah diadakan Majlis Perasmian Brosur Pakej Pelancongan Keretapi bersempena promosi Tahun Melawat Malaysia 2014. Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Seri Mohamad Nazri, Menteri Pelancongan & Kebudayaan yang tiba bersama delegasi pelancong asing dari Kuala Lumpur dengan menaiki Keretapi Elektrik Berkembar (ETS) pada pukul 9 malam. Selesai sahaja perasmian, majlis telah diserikan dengan persembahan kebudayaan dan artis jemputan.