Pada hari ini 10.9.1955, Sultan Perak, Sultan Yussuf Izzudin, telah membuka dengan rasminya Jambatan Nurudin. Jambatan ini panjangnya 238.40 meter dan lebarnya 3.30 meter, dibina merentasi Sungai Perak untuk menghubungkan Mukim Belanja yang terletak 18 batu ke Selatan Kuala Kangsar. Sultan Perak menamakan jambatan ini sebagai Jambatan Nurudin bagi mengenang jasa baik dan bakti yang telah dibuat oleh Dato' Setia Nurudin terutama semasa berlakunya banjir besar pada tahun 1926. Pembesar-pembesar yang turut hadir dalam upacara ini ialah Menteri Kerja Raya Encik Saadon bin Zubir, Menteri Besar Perak, Datuk Panglima Bukit Gantang dan seorang Penasihat British. Sesungguhnya dengan pembukaan jambatan ini akan memudahkan rakyat untuk menyeberangi Sungai Perak. Di samping itu juga akan dapat mengingatkan jasa dan sumbangan yang telah dilakukan oleh Dato' Setia Nurudin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan