Tragedi Feri Karam Sungai Kerian


Pada 13 September 1972, satu tragedi yang menyayat hati telah berlaku dimana feri yang menghubungkan Parit Buntar, Perak dan Bandar Baru, Kedah telah karam. Sebelum adanya jambatan, sistem perhubungan antara dua lokasi ini hanya menggunakan feri yang mengangkut kenderaan menyeberangi Sungai Kerian.

Tragedi hitam feri karam di Sungai Kerian ini telah berlaku semasa hujan lebat sehingga arus kuat telah menyebabkan tali kabel feri antara kedua-dua tebing putus. Seramai 17 nyawa terkorban dan kebanyakkan daripada mereka adalah pelajar sekolah. Tapak kejadian itu adalah di tapak Taman Pinggiran Sungai Kerian hari ini.

(Sumber : Majlis Daerah Kerian)

Selamat Hari Malaysia ke-49


Warisan Prasejarah Lembah Kinta

Ipoh dan Lembah Kinta sememangnya amat sinomin dengan gunung dan gua batu kapurnya yang unik serta kedua-dua landskap alam ini didapti menggelingi hampir ke seluruh tempat ini. Landskap yang indah ini juga telah menyebabkan orang Cina menggelarkan Ipoh sebagai 'San Feng' yang bermaksud bandar berbukit. 

Dari segi geografi, Lembah Kinta ini terletak di antara dua banjaran gunung iaitu Banjaran Kledang dan Banjaran Titiwangsa. 

Jika dilihat hari ini, gua-gua batu kapur yang terdapat banyak di sekitar Lembah Kinta seperti gua biasa sahaja. Namun tidak ramai yang tahu bahawa sebenarnya gua-gua ini adalah sebahagian daripada warisan negara yang kaya dengan penemuan artifak, lukisan prasejarah dan fosil. 

Menurut Adnan Jusoh dalam artikel 'Warisan Semulajadi Gua-gua batu Kapur di Lembah Kinta', gua-gua batu kapur di Lembah Kinta ini memainkan peranan penting dalam aspek pensejarahan dan arkeologi prasejarah di Malaysia. Buktinya, H.D.Noone dan P.V.Van Stein Callenfels telah menemui serpihan tembikar di Gol Bait pada tahun 1936. 

Kemudian, Leonard Wray pula menemui serpihan manik di Gunung Cheroh, Ipoh dalam tahun 1891 dan penyelidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 2006 di Gua Mat Sirat turut menemukan serpihan tembikar, alat-alat batu dan sisa makanan.

Keistimewaan yang paling menarik bagi gua-gua batu kapur di Lembah Kinta ialah lukisan gua di Gua Tambun, Ipoh. Di sini terdapat 30 buah lukisan gua yang memaparkan pelbagai objek seperti manusia, haiwan dan lain-lain yang dilukis menggunakan hematite. Selain Gua Tambun, lukisan gua juga ditemui di Gua Kelawar, Sungai Siput.

Penemuan dan bukti arkeologi ini telah membuktikan bahawa gua-gua batu kapur di Lembah Kinta ini pernah menjadi pusat kehidupan masyarakata prasejarah negara. Gua-gua bukan sahaja berfungsi sebagai rock shelter tetapi menjadi tempat pengebumian. Walau bagaimanapun, gua-gua batu kapur ini sedang diancam dengan kemusnahan menerusi pembangunan pesat yang berlaku hari ini.

Perasmian Jambatan Nurudin

Pada hari ini 10.9.1955, Sultan Perak, Sultan Yussuf Izzudin, telah membuka dengan rasminya Jambatan Nurudin.  Jambatan ini panjangnya 238.40 meter dan lebarnya 3.30 meter, dibina merentasi Sungai Perak untuk menghubungkan Mukim Belanja yang terletak 18 batu ke Selatan Kuala Kangsar. Sultan Perak menamakan jambatan ini sebagai Jambatan Nurudin bagi mengenang jasa baik dan bakti yang telah dibuat oleh Dato' Setia Nurudin terutama semasa berlakunya banjir besar pada tahun 1926. Pembesar-pembesar yang turut hadir dalam upacara ini ialah Menteri Kerja Raya Encik Saadon bin Zubir, Menteri Besar Perak, Datuk Panglima Bukit Gantang dan seorang Penasihat British. Sesungguhnya dengan pembukaan jambatan ini akan memudahkan rakyat untuk menyeberangi Sungai Perak. Di samping itu juga akan dapat mengingatkan jasa dan sumbangan yang telah dilakukan oleh Dato' Setia Nurudin.