Pagi Di Karnival RTC 2012

17 Feb. 2012, pagi Jumaat yang indah ini kami bertiga telah pergi berkunjung ke Karnival Rural Transformation Centre (RTC) di Km16, Gopeng, Perak. RTC merupakan yang pertama di Malaysia dan akan dirasmikan oleh Dato' Seri Mohd. Najib pada petang esok, 18 Feb. Sempena perasmian RTC ini, satu karnival telah diadakan di sini yang melibatkan pameran oleh agensi-agensi kerajaan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), karnival kerjaya, Jom Masuk U, gerai-gerai jualan produk tempatan dan banyak lagi.

Belakang ini ialah bangunan utama pentadbiran RTC di Gopeng.

Kami melawat dan mendengar taklimat yang diberikan di gerai-gerai pameran agensi kerajaan. Up to date jugalah kami dengan input yang ada di sini. Antara pameran yang kami singgah ialah Kementerian Pengajian Tinggi, Jabatan Penerangan, KEMAS, Agensi Anti-Dadah, Jabatan Pendaftaran, Pos Malaysia dan Kedai 1Malaysia.

Bajet macam dah sampai ke Taman Botani Negara di Shah Alam je. Yang Sham pula sempat tu bergambar dengan ular kat pameran Jabatan Pertahanan Awam..

Yang paling kami nak tengok sangat ialah pameran PDRM dan ATM sebenarnya. Di sini, kami bukan sahaja berpeluang untuk melihat tapi dapat pegang persenjataan terbaru pasukan keselamatan negara. Abang-abang polis dan tentera pun terbaiklah dalam menerangkan kami mengenai senjata yang ada. Lagi satu, mereka agak terkejutlah dengan Lan sebab tahu gyler mengenai persenjataan yang ada..


Selain persenjataan, kenderaan pasukan keselamatan turut dipamerkan. Antara yang menarik boleh didapati di sini ialah kereta dan motor peronda baru PDRM, jip terkini tentera dan kenderaan FRU yang digunakan semasa demostrasi Bersih.

Sebelum balik sempat juga, kami ambil gambar kat taman dan gerai jualan bunga. Nak buat macam mana dalam hati ada taman katakan. Maaflah sebab kami tak lama ronda-ronda di sini, maklumlah pukul 1.30 petang dah nak Solat Jumaat. Meskipun sekejap, tapi pelbagai perkara yang kami dapat dan siap ada cenderamata lagi. Terima kasih kepada Lan dan ayahnya serta Fazrin kerana menyediakan pengangkutan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan