Perjanjian Pangkor 1874

20 Jan 1874 - Perjanjian Pangkor telah ditandatangani oleh para pembesar Melayu Perak dan Gabenor British, Sir Andrew Clarke di perairan Pangkor. Perjanjian yang memiliki sebanyak 14 syarat ini begitu penting kerana memberikan demensi baru kepada sejarah moden negeri Perak khususnya dan Malaysia amnya. Implikasi daripada perjanjian ini di Perak:-

i) Pengukuhan institusi beraja secara berperlembagaan
ii) Campur tangan British bermula
iii) Kebangkitan nasionalisme Melayu menentang British
iv) Wujudnya bandar Taiping & Kamunting di Larut
v) Daerah Kerian diakui menjadi wilayah & sempadan negeri Perak
vi) Menamatkan kekacauan di Larut

Tiada ulasan:

Catat Ulasan