Pameran Mustapha Hussain, Wira Yang Dilupai

Tanggal 11/11/11, telah diadakan satu pameran mengenai seorang wira bangsa yang dilupai dalam sejarah di Taiping, Perak iaitu Mustapha Hussain. Saya dan Fazrin telah meluangkan masa untuk melihat pameran tersebut.

Sebelum mencoret kisah perjalanan kami ini, saya nak mencerita siapa dia insan bernama Mustapha Hussain. Mustapha telah dilahirkan di Matang, Perak pada 21 Ogos 1910 serta mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Matang dan Sekolah King Edward VII, Taiping. Karier awal beliau ialah Penolong Pertanian Daerah Kinta & Batang Padang (1931-1933) dan Guru Kolej Pertanian di Serdang.

Perjuangan beliau bermula dengan penglibatan dalam penubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM) bersama Ibrahim Yaakub pada tahun 1938dan merupakan Naib Presiden KMM yang pertama. Semasa pendudukan Jepun, beliau telah mendesak pihak Jepun memberikan kemerdekaan negara tetapi ditolak. Namun jasa terbesar beliau semasa itu ialah melindungi serta menyelamatkan ramai bekas polis dan Askar Melayu daripada kekejaman tentera Jepun. Pada akhir zaman pendudukan Jepun, Mustapha telah merangka perlembagaan kemerdekaan negara namun kemerdekaan itu tidak tercapai ekoran kekalahan Jepun pada 15 Ogos 1945, 48 jam sebelum tarikh kemerdekaan yang dirancang.

Selepas era itu, beliau telah dipenjarakan di Batu Gajah. Sebaik sahaja bebas, Mustapha terlibat pula dalam Pusat Tenaga Rakyat PUTERA-AMCJA. Kemudian, beliau menyertai UMNO dan hampir berjaya mengalahkan Tunku Abdul Rahman dalam pemilihan jawatan Presiden UMNO selepas Dato'Onn Jaafar keluar parti dengan majoriti satu undi sahaja. Namanya beransur hilang di persada politik setelah itu. Pada 15 Januari 1987, beliau meninggal dunia. Jasa dan ketokohannya tidak pernah dikenang tanah airnya sendiri tetapi beliau dianggap sebagai tokoh sejarah di Singapura.


Pada pagi Jumaat yang mulia itu, kami memulakan perjalanan kami ke Taiping. Sebelum bergerak ke Taiping, kami sempat mengucapkan selamat pulang kepada Ali yang nak balik ke Melaka. Kebetulan kami semasa itu sedang bercuti pertengahan semester. Sebaik tiba di Taiping, kami pun pergi ke Bismillah Cendol untuk menikmati cendol terkenal di sini dan kemudian menunaikan solat Jumaat di Masjid Daerah Taiping. Selepas solat Jumaat, tibalah masa untuk menjamu selera. Kami telah memilih untuk makan tengah hari di restoran bersebelahan Pejabat Tanah & Daerah Larut. Makan aje kohje yek..hehe..

Kemudian kami pun tiba di Galeria Pertama, lokasi di mana pameran ini berlangsung. Pada petang itu, turut diadakan Majlis Pelancaran Pameran Mustapha Hussain oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping dan dihadiri juga oleh waris-waris keluarga Mustapha Hussain. Pameran ini telah mendedahkan kepada generasi muda seperti kami tentang sejarah seorang anak jati Matang, Taiping yang menjadi pejuang kemerdekaan negera. Dalam pameran ini, barangan peribadi milik beliau seperti gambar, mesin taip, buku-buku biografinya, pakaian dan banyak lagi turut dipamerkan.

Hayati sejarah sambil beriadah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan