"From Taiping With Love 2010"

12 September 2010 - Taiping, Perak.. Bersempena Aidilfitri, kami telah mengambil kesempatan ini untuk meluangkan masa cuti bersama-sama di Bandar Warisan Negeri Perak yang terkenal dengan 31 Perkara Pertama di Malaysia. 8.00pagi, kami telah bertolak dari Ipoh ke Taiping dengan bas express Taiping-Ipoh dan tiba di sana dalam pukul 10 pagi.


Sebaik sampai di Taiping, destinasi pertama kami ialah di Cashier Market untuk menjamu selera. Bila dah kenyang, kami berjalan kaki ke Muzium Perak iaitu muzium tertua di Malaysia. Muzium ini baru sahaja mengalami pengubahsuaian dan bahan pamerannya begitu menarik serta benar-benar nampak konsep 1Malaysia. Antaranya, diorama pembuatan bahan besi yang betul-betul nampak real ar.. Petang itu, masa kami banyak diisi dengan bersiar-siar di Taman Tasik Taiping.


8.00 malam, seterusnya kami berjalan kaki dari Hotel Furama ke Night Safari Taiping. Bunyi-bunyi haiwan dan suasana malam di sini sungguh mempersonakan terutama bagi kami yang tinggal di bandar. Kami juga dapat lihat pelbagai aksi-aksi haiwan yang menarik seperti gajah. Di kesempatan ini, kami turut membeli beberapa cenderamata untuk keluarga.


Hampir dua jam kami di Night Safari, kami pun pergi menjamu selera. Mula-mula nak pi makan Keutiow Doli tapi tutup pula, jadi makan je la di Medan Selera Jalan Tupai. Lepas makan, kami balik ke hotel.


Awal-awal pagi hari terakhir di Taiping, kami telah berkesempatan ke Bukit Larut. Untuk ke puncak, kami terpaksa menaiki land-rover. Pening-pening juga kami dibuatnya sebab jalannya berselekoh gila-gila. Tapi bila smapi ke puncak Bukit Larut, memang puas hati ar dengan pemandangan yang indah dan suasana yang nyaman. Destinasi terakhir kami di Taiping ialah Taiping Sentral untuk membeli-belah dan makan tengah hari sebelum ke Terminal Bas Kemunting. Dalam petang tersebut, kami tiba di Ipoh meskipun terpaksa mengharungi kesesakan di Lebuh Raya dari Kuala Kangsar hingga Jelapang. Apa-apa pun kami sungguh gembira meskipun penat berjalan kaki di Taiping..Insyaallah Aidilfitri akan datang kami berkunjung lagi ke bandar yang penuh bermakna kepada kami ini.. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan