Pameran Kesultanan Perak Dari Tahun 1874

21 Januari lalu bersempena Tahun Melawat Perak 2012, kami telah meluangkan masa mengunjungi 'Pameran Kesultanan Perak dari tahun 1874' yang diadakan di Dewan Bandaran Ipoh, Perak. Pameran ini juga telah diadakan sempena memperingati 138 tahun Peristiwa Perjanjian Pangkor 1874.



Pameran yang menarik ini memaparkan keunikan serta sejarah Institusi Kesultanan Perak yang meliputi bukan sahaja Sultan-sultan tetapi juga Raja-raja bergelar Perak bermula daripada Sultan Abdullah Muhammad II (1874-1876) sehingga Sultan Perak yang kini iaitu Sultan Azlan Shah. Kebanyakan gambar-gambar yang dipamerkan di sini juga adalah koleksi Diraja Perak yang jarang sekali dapat ditatap oleh umum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan