Japanese Shell Kampar Fortress
Kesatuan Melayu Muda 1938-1942
Menjunjung Kasih & Merafak Sembah Tahniah
Stesen Bas Medan Kidd, Ipoh
Stesen Kereta Api Wharf Teluk Anson
Pameran Mustapha Hussain, Wira Yang Dilupai
Sebelum mencoret kisah perjalanan kami ini, saya nak mencerita siapa dia insan bernama Mustapha Hussain. Mustapha telah dilahirkan di Matang, Perak pada 21 Ogos 1910 serta mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Matang dan Sekolah King Edward VII, Taiping. Karier awal beliau ialah Penolong Pertanian Daerah Kinta & Batang Padang (1931-1933) dan Guru Kolej Pertanian di Serdang.
Perjuangan beliau bermula dengan penglibatan dalam penubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM) bersama Ibrahim Yaakub pada tahun 1938dan merupakan Naib Presiden KMM yang pertama. Semasa pendudukan Jepun, beliau telah mendesak pihak Jepun memberikan kemerdekaan negara tetapi ditolak. Namun jasa terbesar beliau semasa itu ialah melindungi serta menyelamatkan ramai bekas polis dan Askar Melayu daripada kekejaman tentera Jepun. Pada akhir zaman pendudukan Jepun, Mustapha telah merangka perlembagaan kemerdekaan negara namun kemerdekaan itu tidak tercapai ekoran kekalahan Jepun pada 15 Ogos 1945, 48 jam sebelum tarikh kemerdekaan yang dirancang.
Selepas era itu, beliau telah dipenjarakan di Batu Gajah. Sebaik sahaja bebas, Mustapha terlibat pula dalam Pusat Tenaga Rakyat PUTERA-AMCJA. Kemudian, beliau menyertai UMNO dan hampir berjaya mengalahkan Tunku Abdul Rahman dalam pemilihan jawatan Presiden UMNO selepas Dato'Onn Jaafar keluar parti dengan majoriti satu undi sahaja. Namanya beransur hilang di persada politik setelah itu. Pada 15 Januari 1987, beliau meninggal dunia. Jasa dan ketokohannya tidak pernah dikenang tanah airnya sendiri tetapi beliau dianggap sebagai tokoh sejarah di Singapura.
Pada pagi Jumaat yang mulia itu, kami memulakan perjalanan kami ke Taiping. Sebelum bergerak ke Taiping, kami sempat mengucapkan selamat pulang kepada Ali yang nak balik ke Melaka. Kebetulan kami semasa itu sedang bercuti pertengahan semester. Sebaik tiba di Taiping, kami pun pergi ke Bismillah Cendol untuk menikmati cendol terkenal di sini dan kemudian menunaikan solat Jumaat di Masjid Daerah Taiping. Selepas solat Jumaat, tibalah masa untuk menjamu selera. Kami telah memilih untuk makan tengah hari di restoran bersebelahan Pejabat Tanah & Daerah Larut. Makan aje kohje yek..hehe..
Kemudian kami pun tiba di Galeria Pertama, lokasi di mana pameran ini berlangsung. Pada petang itu, turut diadakan Majlis Pelancaran Pameran Mustapha Hussain oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping dan dihadiri juga oleh waris-waris keluarga Mustapha Hussain. Pameran ini telah mendedahkan kepada generasi muda seperti kami tentang sejarah seorang anak jati Matang, Taiping yang menjadi pejuang kemerdekaan negera. Dalam pameran ini, barangan peribadi milik beliau seperti gambar, mesin taip, buku-buku biografinya, pakaian dan banyak lagi turut dipamerkan.
Hayati sejarah sambil beriadah.
Suasana Raya 2011
Malam Ambang Merdeka
Tarikh : 30 Ogos 2011
Masa : 9.00pm - 12.00am
Lokasi : Simpang Pulai, Perak
Majlis Sambutan Aidilfitri & Kemerdekaan Peringkat Negeri Perak
Tarikh : 30 Ogos 2011 ( 1 Syawal )
Masa : 2.00pm - 5.00pm
Lokasi : Kediaman rasmi Menteri Besar Perak, Ipoh.
Majlis Takbir Raya
Tarikh : 29 Ogos 2011
Masa : 10.00pm - 12.00am
Lokasi : Kediaman YB Senator Dato' Azian, Ipoh.
Jelajah Ramadhan Di Kuala Lumpur
Jalan Tunku Abdul Rahman begitu popular sebagai syurga membeli-belah bagi orang ramai. Kami bukanlah kaki shopping tapi sebab nak merasai suasana menjelang raya di Kuala Lumpur, kami pun ke situ. Sebaik saja masuk ke jalan tersebut, terdapat banyak pusat membeli-belah dan kedai-kedai. Kami sempat singgah dan membeli sedikit barangan di Sogo.Di sebalik bangunan-bangunan perniagaan ini,terkejut kami melihat deretan panjang gerai-gerai di lorong belakang yang menjual pelbagai barangan untuk hari raya. Harganya pun boleh tahanlah.
Jalan punya jalan, lalu depan Masjid India. Sedar tak sedar kami dah berjalan kaki sampai ke Masjid Jamek. Kawasan inilah satu-satunya kawasan di Kuala Lumpur yang tidak pernah berubah dari dulu hingga kini.
Seterusnya kami telah melawat Muzium Tekstil Negara yang terletak di sebelah Bangunan Sultan Abdul Samad. Bangunan yang bersenibina Moorish ini asalnya dibina pada tahun 1896 sebagai Ibu Pejabat Keretapi Negeri Melayu Bersekutu. Muzium ini baru dibuka pada 9 Januari 2010. Lawatan kami di sini sungguh menarik kerana kami bukan sahaja dapat meneroka kekayaan kepelbagaian gaya hidup masyarakat Malaysia tapi mengetahui teknik-teknik penghasilan tekstil melalui persembahan multimedia.
Akhir sekali sebelum pulang ke Ipoh, kami sempat bersiar-siar di Suria KLCC. Suasana di sini begitu sesak dengan orang ramai walaupun bulan puasa. Cuma tempat ini nampak indah dengan dihiasi dengan perhiasan yang bertemakan Hari Raya. Tepat pukul 3.50 petang, kami bertolak dari Puduraya dan tiba di Ipoh dalam pukul 6.20 petang.
15 Ogos 2011, Genap 500 Tahun Jatuhnya Melaka
Mereka yang menjadi penyokong Kesatuan Melayu Muda (KMM) ini berpakat memakai baju itu sebagai mengenang kejatuhan kota Melaka di tangan Portugis yang berlaku pada 15 Ogos 1511.
Memang sukar bagi mereka mencari baju kemeja hitam dan tali leher merah yang perlu dibuat khas, dan tentunya memerlukan wang. Pada masa itu, pakaian guru ialah baju putih dan seluar putih bertali leher hitam dan bersongkok hitam.
Maka pada 15 Ogos 2011 ini, genaplah 500 tahun kota Melaka tumbang. Kota Melaka hanya merdeka pada 31 Ogos 1957 sebagai salah sebuah negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu.Ini bermakna kota Melaka dijajah 446 tahun 16 hari.
Tun Ghafar Baba yang menjadi bapa kemerdekaan bagi Melaka mencadangkan bendera merah putih sebagai latar belakang kepada bendera negeri tetapi dengan bintang bulan di bucunya selaras dengan jati diri Melaka sebagai negeri Melayu seperti negeri-negeri Melayu lain di Tanah Melayu ketika itu.
Beliau mencadangkan supaya petak empat segi yang menempatkan bulan bintang itu supaya berwarna hijau sebagai kaitannya dengan agama Islam. Tetapi cadangannya ditolak oleh Tunku Abdul Rahman yang mahukan warna petak itu sebagai biru, selaras dengan warna petak empat segi di bucu bendera persekutuan.
Dengan kemerdekaan itu, Melaka yang sudah tidak mempunyai raja sendiri sejak tahun 1511 mendapat pula kedaulatan diraja melalui Yang di-Pertuan Agong yang menjadi ketua agama bagi negeri itu.
Maka pada masa giliran Sultan Perak menjadi Yang di-Pertuan Agong, Melaka memperoleh semula seorang raja yang susur galurnya sampai kepada Kesultanan Melayu Melaka ketika kota itu belum jatuh ke tangan Portugis.
Tetapi pada tarikh 31 Ogos 1957, buat pertama kalinya kota Melaka menjadi negeri yang berdaulat. Ini kerana sebelum itu, ia hanya menjadi kota jajahan bagi Inggeris, Belanda dan Portugis. Dengan beberapa tahun pernah berada di bawah Jepun.
Sementara semasa pemerintahan Kesultanan Melayu, kota Melaka adalah tempat bersemayam sultan yang memerintah satu kerajaan yang wilayah pemerintahannya adalah luas meliputi sebahagian besar kepulauan Nusantara yang meliputi semenanjung Tanah Melayu, pulau Sumatera hinggalah ke Brunei.
Perlu diingatkan bahawa pada zaman itu, orang tidaklah menyebut raja Melaka itu sebagai Sultan Melaka dan negaranya sebagai Melaka. Mereka menyebut raja Melaka itu sebagai Sultan Melayu dengan kerajaannya sebagai kerajaan Melayu yang memerintah negeri-negeri di kepulauan Melayu.
Melaka hanyalah kota di mana bersemayam raja Melayu. Maka oleh kerana pusat kerajaan terletak di kota Melaka, maka selat itu juga kemudian dikenali sebagai Selat Melaka. Tetapi negara yang diperintah oleh sultan yang bersemayam di Melaka itu adalah luas dan disebut sebagai negeri-negeri Melayu saja.
Sementara Kesultanan Melayu di Melaka itu pula merupakan kesinambungan kepada Raja-raja Melayu terdahulu yang bersemayam di Palembang, Sumatera di bawah nama kerajaan Sri Wijaya. Tetapi apa yang disebut sebagai Melayu meliputi semenanjung, dan semua pulau di sekitarnya iaitu Sumatera dan Brunei. Sudah tentu Singapura juga termasuk di dalamnya.
Malah sebelum Melaka, kerajaan Melayu ini cuba menjadikan Singapura yang ketika itu dikenali sebagai Temasik sebagai kota kerajaan Melayu sebagai lanjutan kepada Palembang sebelum itu.
Sejarah mungkin berbeza jika kerajaan Melayu dapat bertapak di Singapura untuk memerintah kepulauan Melayu. Tetapi Siam menganggap keseluruhan semenanjung, termasuk Temasik adalah miliknya.
Maka bala tentera dihantar Siam untuk mengajar raja Melayu itu. Askar Melayu yang ada tidak akan mampu berlawan dengan tentera Siam itu.
Maka berpindahlah raja Melayu itu ke Melaka untuk ditubuhkan sebuah kerajaan yang kuat. Siam tetap mahu memusnahkan Melaka. Tetapi kemenangan Melaka di Batu Pahat di bawah pimpinan Laksamana Hang Tuah menyelamatkan kerajaan Melayu.
Tetapi pada keseluruhannya yang memantapkan kedudukan kerajaan Melayu adalah hubungan diplomatik dengan Kerajaan Ming China melalui laksamana Cheng Ho dan pemelukan Islam oleh raja dan rakyat Melaka.
Islam adalah trend pada masa itu. India menjadi Islam di bawah Moghul. Dinasti Ming hampir penuh menjadi Islam. Di Jawa pula, Islam juga sedang mara menguasai keseluruhan pulau itu.
Tetapi pada waktu yang sama di sebelah Barat, kerajaan Andalusia sudah lama tumbang dan munculnya kuasa baru yang akan mengubah dunia, Sepanyol dan Portugis. Dengan semboyan Glory, Gold dan Gospel atau Kegemilangan, Emas dan Injil, dalam erti kata lain, kekuasaan, kekayaan dan penyebaran agama, bala tentera Portugis sampai ke Nusantara.
Di sebalik semboyan itu, apa yang mereka cari ialah rempah. Rempah ratus! Makanan dan dorongan tekak dan perut yang mendorong mereka sampai ke sini. Begitulah besar motivasi makanan.
Maka dengan dorongan inilah, Melaka tumbang. Tetapi walaupun ia memusnahkan istana dan bandarnya, kerajaan Melayu tidak tumbang. Ia hanya berpindah tempat istana semayamnya iaitu ke Kota Tinggi di Johor.
Walaupun tempat itu tidaklah sehebat Melaka, tetapi ia cukup untuk meneruskan kesultanan Melayu. Hakikatnya kerajaan Melayu di Melaka dan Johor-Riau adalah serupa dan sambung-menyambung saja.
Oleh kerana ia terletak di Johor dan Riau, maka ia disebut sebagai kesultanan Johor-Riau, tetapi hakikatnya ia adalah kesultanan Melayu yang sama dengan di Melaka.
Walaupun kemudiannya kerajaan ini tidak lagi diperintah oleh waris-waris Sultan Melaka, ia tetap merupakan pewaris kepada kesultanan terdahulu. Bendaharanya menjadi Sultan Pahang. Sementara Maharaja Abu Bakar menjadi Sultan Johor yang menyambung kesultanan Melayu.
Kerajaan ini terus berdaulat walaupun British kemudiannya menguasai pertahanan dan hal ehwal luar Johor.
Justeru apabila Malayan Union diperkenalkan, Datuk Onn mampu bangkit dan membantah. Ini kerana negeri-negeri Melayu masih berdaulat dengan raja-rajanya tidak boleh menyerahkan kedaulatannya ke pada British begitu saja.
Kedaulatan sesebuah negara bukan milik raja seseorang tetapi adalah persetujuan dengan rakyatnya. Ketika itu, rakyat Raja-raja Melayu adalah orang Melayu. Maka untuk berdepan dengan British, orang Melayu telah mewakilkan UMNO untuknya. Negeri Melaka pula lain. Ia memang tanah jajahan British. Rakyatnya adalah anak jajahan British.
Tetapi UMNO meliputi semua negeri dalam Tanah Melayu. Ini membolehkan Melaka turut merdeka. Begitu juga dengan wilayah dalam kesultanan Melaka dahulu yang kini juga merdeka dalam Indonesia.
Majlis Berbuka Puasa 2011
Memories come crumbling down
THEY had their fair share of fame in the silver state during the good old days.
These century-old towns — Kampung Kepayang, Siputeh, Papan and Lahat — are certainly no less interesting than the skyscrapers in the city, if one finds time to explore them.
Kampung Kepayang, located south of Ipoh and along the federal route between Simpang Pulai and Gopeng, boast shoplots with architectural designs of the 1880s.
Some of them were brothels frequented by rich tin miners in the olden days, said Chang Ching, 88, Kampung Kepayang’s oldest resident now.
Only five lots are occupied — a barber shop, a fertiliser warehouse, a newly renovated shop offering feng shui consultancy and two residential units.
Chang said residents started leaving the town in droves a decade ago in search of greener pastures.
The former radio repair technician said his children had shifted to Kampar, about 15km away.
His neighbour M. Sugumaran, 60, said many moved out for fear of being hit by vehicles as the shophouses were too close to the main road.
There had been several accidents, he recalled.
Siputeh, also a one-street town along the old Ipoh-Lumut road, was bypassed after the opening of the Ipoh-Lumut dual-carriage road.
Resident Chan Ah Ngow, 64, said there were only 10 households in Siputeh and the population was less than 50.
“Most of us are elderly people,” Chan said, adding that many were also former tin-mine workers.
Chan was proud to note that the town had produced many graduates and professionals, including his two engineer sons, and they would return home to celebrate Chinese New Year.
Siputeh, with its old town charm, also takes the spot as being the site for several movie shoots, he added.
Lahat, located at the south-west boundary of Ipoh — Lumut, is another one-street town. The road is named High Street.
Many of the shophouses are hidden by trees and bushes, with one of them being turned into a “birds’ hotel” for swiftlet nest farming.
Coffee shop owner Voon Kit Seong said visitors usually made cursory visits to the town to look at the old buildings though more than half of the units were left to rot.
Many were structurally unsafe.
Its once busy post office is now overtaken by tall bushes, while the pre-war three-tier wet market is left to rot.
The 140-year-old town of Papan, about 16km from Ipoh, is in no better shape. Like Siputeh, its old town charm has made it a popular venue for movie shoots.
Driving through these towns is like going back through the time machine, revisiting good old days.
(The Star,11 Aug 2011)
Asal Usul Pekan Tambun
Menurut sumber kedua, Tambun telah muncul ekoran perusahaan lombong bijih timah oleh Toh Lembang atau Kulub Limbang iaitu seorang saudagar kelian. Oleh itu, tempat ini telah dinamakan 'Tambun' yang bererti 'saudagar kelian'.
Perkembangan Tambun ini telah bermula tahun 1892 dengan wujudnya beberapa rumah kayu. Ini dituruti dengan pembinaan balai polis pada tahun 1900 dan Sekolah Melayu pada tahun 1895. Pembukaan ladang kopi telah merancakkan lagi pembangunan Tambun pada awal abad ke-20. Ladang kopi telah dibuka secara besar-besaran sehingga kawasan bukit terletaknya ladang ini dikenali sebagai 'Kopisan' yang bermakna 'bukit kopi' dalam bahasa Cina. Namun kemudiannya, ladang kopi ini dipindahkan ke Gopeng bagi membolehkan lombong bijih timah dibuka oleh Leong Fee dan F.J.B.Dykes.
Tambun amat terkenal dengan 'limau tambun'. Limau Tambun ini sebenarnya telah mula ditanam di sini dalam tahun 1880 oleh Tok Limbang dengan bantuan pekerja Jawa. Benih-benih limau ini dibawa dari Kuala Kangsar. Bagi orang Cina, mereka dikatakan menanam limau ini sebagai ganti buah limau untuk perayaan Tahun Baru China.
Begitulah serba sedikit sejarah yang tersimpan di pekan kecil Tambun ini. Hari Tambun terus meningkat maju sebagai pusat pelancongan dan komersial. Limau Tambun masih lagi ditanam di sini dan menjadi ikon pekan ini.