Asal Usul Pekan Tambun

Walaupun Tambun merupakan sebuah pekan kecil berhampiran Ipoh, pekan ini mempunyai sejarah dan asal usul yang menarik serta berkaitan rapat dengan industri perlombongan bijih timah dan penanaman kopi di daerah Kinta. Hasil penyelidikan ringkas, kami menemui dua sumber sejarah yang berkaitan dengan kewujudan pekan Tambun ini.

Menurut sumber pertama, Tambun telah dibuka dalam tahun 1885 oleh Tok Panjang Osman atau lebih dikenali sebagai Tok Norman. Beliau telah dianugerahkan oleh Sultan Perak untuk mengusahakan lombong bijih timah di Ulu Kinta semasa itu. Nama 'Tambun' telah berasal daripada panggilan orang Asli yang menunjukkan tempat longgokan bijih timah. Oleh itu, Tok Norman telah menamakan tempat itu Tambun Hulu. Kini kawasan tersebut terletak di Bandar Baru Putra). Dari sini, Tok Norman mengembangkan perlombongannya ke Tambun Tengah (Batu 5 Tambun kini) dan Tambun Hilir (Pekan Tambun sekarang). Semasa itu, pekan Tambun sekarang ini dikenali sebagai Kampung Rotan Segar.

Menurut sumber kedua, Tambun telah muncul ekoran perusahaan lombong bijih timah oleh Toh Lembang atau Kulub Limbang iaitu seorang saudagar kelian. Oleh itu, tempat ini telah dinamakan 'Tambun' yang bererti 'saudagar kelian'.

Perkembangan Tambun ini telah bermula tahun 1892 dengan wujudnya beberapa rumah kayu. Ini dituruti dengan pembinaan balai polis pada tahun 1900 dan Sekolah Melayu pada tahun 1895. Pembukaan ladang kopi telah merancakkan lagi pembangunan Tambun pada awal abad ke-20. Ladang kopi telah dibuka secara besar-besaran sehingga kawasan bukit terletaknya ladang ini dikenali sebagai 'Kopisan' yang bermakna 'bukit kopi' dalam bahasa Cina. Namun kemudiannya, ladang kopi ini dipindahkan ke Gopeng bagi membolehkan lombong bijih timah dibuka oleh Leong Fee dan F.J.B.Dykes.

Tambun amat terkenal dengan 'limau tambun'. Limau Tambun ini sebenarnya telah mula ditanam di sini dalam tahun 1880 oleh Tok Limbang dengan bantuan pekerja Jawa. Benih-benih limau ini dibawa dari Kuala Kangsar. Bagi orang Cina, mereka dikatakan menanam limau ini sebagai ganti buah limau untuk perayaan Tahun Baru China.



Begitulah serba sedikit sejarah yang tersimpan di pekan kecil Tambun ini. Hari Tambun terus meningkat maju sebagai pusat pelancongan dan komersial. Limau Tambun masih lagi ditanam di sini dan menjadi ikon pekan ini.

8 ulasan:

  1. Menurut bapa saya yg kini berusia 82 tahun, org Tambun berasal dari Kg. Pulau Pisang,Parit. susur galur dari keturunan Syed Abdullah, seorang pedagang Arab yg mengembangkan Islam di Perak Tengah.

    Wallah hu alam..harap suadara dapat mencungkil kisah tersebut dgn lebih detail....

    T/kasih

    BalasPadam
  2. Utk makluman saudara moyang kepada bapa saya, antara yg terlibat semasa membuka kg. Tambun yg masa itu bernama Kg. Saga (asal nama Rotan Saga/Rotan segar)

    BalasPadam
  3. Memang betul nama pekan Tambun berasal dari Kg.Rotan Segar. Namun perkembangan perlombongan dan kebanjiran golongan imigran Cina telah menenggelamkan nama asal ini. Perkara yang sama terjadi pada nama asal Ipoh, Paloh.

    kemungkinan benar pada awal org Tambun berasal dari sana kerana pada masa dahulu terdapatnya konsep merantau dalam masyarakat Melayu.

    BalasPadam
  4. Saya merupakan salah seorang keturunan tok lembang di mana tok lembang merupakan datuk kepada nenek saya.. Bagaimana saya nak mengetahui salah silah serta sejarah tambun dan tok lembang?

    BalasPadam
    Balasan
    1. saudara azrin, saya cadang anda untuk membaca buku Kinta Valley: Pioneering Malaysia’s Modern Development oleh Khoo Salma Nasution & Abdur-Razzaq Lubis,2005. Published by Perak Academy, Ipoh.

      Padam
    2. Cik/Puan Azrin Abdul Ghafar,

      Please contact us as soon as possible because we are in the process of compiling a complete family tree of Datoh Kulup Lembang and we believe your inputs would help us tremendously.

      Thank you.

      Padam
    3. ROKIAH BINTI TO'LIMBANG @LEMBANG adalah nenek saya..n saya adalah cicit to'limbang @ LEMBANG.. setahu saya menang susah utk mencari susur galur keturunan ni. Nenek saya ade sebut tentang ibu bijih pemberian ayahnya tetapi telah di tinggal di rumah pusaka keturunan tersebut.. Batu kura kura....

      Padam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam