Sebelum mencoret kisah perjalanan kami ini, saya nak mencerita siapa dia insan bernama Mustapha Hussain. Mustapha telah dilahirkan di Matang, Perak pada 21 Ogos 1910 serta mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Matang dan Sekolah King Edward VII, Taiping. Karier awal beliau ialah Penolong Pertanian Daerah Kinta & Batang Padang (1931-1933) dan Guru Kolej Pertanian di Serdang.

Selepas era itu, beliau telah dipenjarakan di Batu Gajah. Sebaik sahaja bebas, Mustapha terlibat pula dalam Pusat Tenaga Rakyat PUTERA-AMCJA. Kemudian, beliau menyertai UMNO dan hampir berjaya mengalahkan Tunku Abdul Rahman dalam pemilihan jawatan Presiden UMNO selepas Dato'Onn Jaafar keluar parti dengan majoriti satu undi sahaja. Namanya beransur hilang di persada politik setelah itu. Pada 15 Januari 1987, beliau meninggal dunia. Jasa dan ketokohannya tidak pernah dikenang tanah airnya sendiri tetapi beliau dianggap sebagai tokoh sejarah di Singapura.
Pada pagi Jumaat yang mulia itu, kami memulakan perjalanan kami ke Taiping. Sebelum bergerak ke Taiping, kami sempat mengucapkan selamat pulang kepada Ali yang nak balik ke Melaka. Kebetulan kami semasa itu sedang bercuti pertengahan semester. Sebaik tiba di Taiping, kami pun pergi ke Bismillah Cendol untuk menikmati cendol terkenal di sini dan kemudian menunaikan solat Jumaat di Masjid Daerah Taiping. Selepas solat Jumaat, tibalah masa untuk menjamu selera. Kami telah memilih untuk makan tengah hari di restoran bersebelahan Pejabat Tanah & Daerah Larut. Makan aje kohje yek..hehe..
Hayati sejarah sambil beriadah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan