6 Februari 2012 - Satu lagi travelog kami berlima buat ke utara negeri kelahiran kami ini iaitu Kerian, Perak. Perjalanan ini amat bermakna sebab dah lama kami berlima tak keluar sama-sama. Seawal pukul 8.00 pagi, kami pun bergerak ke destinasi untuk menghayati sejarah dan alam semulajadi sambil beriadah.
Destinasi pertama kami ialah Kuala Kangsar, Bandar Diraja Perak. Setiba di sini, kami pun singgah sarapan di Taman Pesisiran Sungai Perak berhadapan dengan Pesisiran Sayong. Terima kasih pada Ali sebab belanja kami semua nasi lemak buatan mak dia. Teringat pula zaman sekolah dulu, selalu makan nasi lemak Ali masa rehat. Lepas kenyang, kami pun ronda-ronda kejap ke Bukit Chandan melihat Masjid Ubudiah, Istana Iskandariah, Muzium Diraja dan Galeri Sultan Azlan. Ingat nak masuk nengok ke Muzium Diraja tapi tutup pula.
Seterus perjalanan kami diteruskan ke Muzium Matang, Taiping. Muzium ini sudah jadi destinasi biasa bagi kami, lagipun kami saja nak membawa Lan yang belum pernah ke sini. Hampir sejam lebih kami pusing-pusing menerokai warisan sejarah Ngah Ibrahim di sini sambil melayan kerenah Lan yang banyak lak bunyinya masa tengok pameran. Lawak betul mamat sorang ni. Paling tak tahan, boleh pula kami pi tangkap gambar lompat dekat belakang Kota Ngah Ibrahim.
Kemudian kami tiba pula di Bukit Merah Laketown, Bagan Serai. Sebuah tasik yang mempesona dan tenang begitulah ungkapan yang dapat diluahkan serta ditambah dengan keriangan pelawat taman tema. Tapi yang tak tahan sebelum nak tiba ke sini, jalan dia agak mendaki dan curam. Apa lagi, kereta kami pun slow sebab muatan berat di sebelah kiri. Turun kereta, kami pun jalan-jalan tepi tasik sampai ke Ecopark dan jeti bot Pulau Orang Utan. Dalam bersiar-siar ini, sempat lagi Fazrin dan Lan beli cenderamata serta Fareed main kerusi Rest & Go sampai berbunyi. Dari sini, kami menuju ke Parit Buntar melalui Alor Pongsu. Satu laluan yang menarik dengan keindahan Tasik Kolam Bukit Merah dan kampung tradisional dikelilingi sawah padi.
Kami meneruskan perjalanan ke Taman Pinggiran Sungai Kerian, Parit Buntar. Sebelum sampai sini, berpusing kami cari jalan sebab banyak jalan dilencongkan ekoran pembinaan landasan keretapi berkembar di Parit Buntar. Taman ini bukan sebuah taman riadah di tebing sungai sahaja tapi ia unik kerana di sini terletaknya sempadan tiga negeri iaitu Perak, Pulau Pinang dan Kedah. Semasa berjalan di sini, Sham dan Fazrin sempat lagi bergambar dengan replika menara condong Teluk Intan. Eh, macam mana boleh ada kat sini ni. Tidak jauh dari sini juga, terletaknya Jam Besar Parit Buntar. Dah jauh perjalanan, apa lagi perut masing-masing semua dah lapar dan kami pun mencari-cari kedai makan di bandar lama Parit Buntar. Menu kami petang itu adalah ais batu campur dan nasi goreng ayam medan selera tepi sungai. Sedap dan layan juga nasi goreng tu.
Akhir sekali kami tiba di Pantai Ban Pecah, Tanjung Piandang yang tempat paling sesuai untuk melihat panorama matahari terbenam yang diiringi dengan deruan ombak pantai. Selain itu, pantai ini turut terdapat makanan sedap seperti rojak, kerang rebus, burger, kuih, char keutiaw dan mi udang. Petang itu ramai juga orang, maklumlah cuti. Kami pun cuma duduk melepas letih kat tepi pantai sambil minum air. Dahaga tekak sebab cuaca panas petang tu. Menjelang senja, kami pun pulang ke Ipoh. Dalam perjalanan pulang, kami sempat singgah sebentar di Hentian Rehat Bukit Gantang dan ada yang beli buah-buahan buat keluarga tersayang. Bagi kami, ini satu travel yang layan jiwa dan puas hatilah.
Replika menara condong?? Ada eh...Esok nak p cari.....Ngerrrrrr... :p
BalasPadamcibuk je nek ni..asyik nk tiru aku aje..haha..
BalasPadam:P
bukan tiru....tapi mencari.... hahahaha
BalasPadamwekk..dan2 nak cari yek..haha..
Padam