Sejarah Pengangkutan Bukit Larut
Sebelum jalan tar dibina dan pengunaan landrover pada tahun 1948, pihak British telah menggunakan 'Pony Back' (Kuda Padi) dan 'Sedan Chair' (Kerusi Pengusung) seperti gambar di bawah ini untuk naik ke puncak Bukit Larut. Tuan Putih akan duduk di atas kerusi tersebut dan akan dipikul oleh buruh Cina atau India.
Masyarakat Rao' Di Perak
Istilah Rao merujuk kepada satu etnik bangsa Melayu dari Kabupaten Pasaman di Sumatera barat. Menurut sejarah, golongan petani merupakan kumpulan pertama masyarakat Rao yang berhijrah ke Tanah Melayu pada sekitar abad ke-5 Masihi. Faktor perdagangan bebas semasa era Kesultanan Melayu Melaka dalam abad ke-15 telah menggalakkan penghijrahan masyarakat Rao ini. Perang Padri (1816-1833) yang berlaku di Sumatera semasa penjajahan Belanda di Indonesia telah membawa kepada penghijrahan secara besar-besaran mereka ke Tanah Melayu.
Di Perak, masyarakat Rao mulai datang menerusi Sungai Perak, Sungai Kinta & Sungai Kampar pada tahun 1850an. Petempatan awal mereka ialah di Kampung Chulek, Jahang hingga ke Kampung Rao yang kemudian dinamakan sebagai Gopeng. masyarakat ini pernah terlibat dalam aktiviti perlombongan bijih timah di Gopeng pada abad ke-19. Hari ini masyarakat Rao di sini masih mengamalkan adat dan budaya tradisi mereka seperti adat berjojak dan makanan seperti kelamai. Mengamati fizikal mereka, tiada banyak berbeza dengan Melayu Malaysia cuma bahasa pertuturannya berbeza iaitu seakan-akan Minang.
Ipoh Street Art
'Ipoh Street Art' atau Laluan Seni Ipoh ini terletak di lorong belakang kedai antara Jalan Sultan Iskandar Shah dan Jalan Masjid di Pekan Baru Ipoh. Kebanyakan dinding kedai di lorong tersebut dilukis oleh sekumpulan penulis tempatan sebagai hobi mereka dengan memaparkan pelbagai identiti tempatan seperti budaya dan sejarah.
Langgan:
Catatan (Atom)