Selamat Hari Kemerdekaan ke-55 & Hari Malaysia


Biarpun berbeza tema dan ideologi, asalkan nikmat kemerdekaan tanahair yang ada ini dapat sama-sama kita hayati dan syukuri. Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-55 dan Hari Malaysia.

Salam Aidilfitri


Kami, warga Perak Historical Crew ingin mengucapkan Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin kepada semua. Ingatan tulus ikhlas.

Perak Miliki Tapak Warisan Dunia

Pengiktirafan Lembah Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) pada 30 Jun 2012 yang lalu telah meletakkan Perak di dalam peta pelancongan bertaraf dunia. 

Sebelum ini, bandaraya Melaka dan Georgetown di Pulau Pinang telah mendapat pengiktirafan UNESCO pada tahun 2008 bagi kategori Bandar Raya Warisan Dunia. Gunung Kinabalu dan Gua Mulu juga  turut menerima pengiktirafan UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia sebelum ini.

Permohonan kerajaan Perak untuk menjadikan Lembah Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia telah bermla sejak tahun 1992lagi dan panel pemilihannya tertakluk di bawah Program Warisan Dunia Antarabangsa UNESCO yang diwakili oleh wakil daripada 21 buah negara termasuk Malaysia.

Lembah Lenggong merupakan tempat di mana penemuan awal rangka manusia pra-sejarah di Semenanjung iaitu Perak Man yang berusia 11, 000 tahun yang dijumpai pada tahun 1991. Penemuan ini telah membuktikan kewujudan penempatan awal manusia dari Zaman Paleolitik di Perak khasnya dan Malaysia amnya. Kajian arkeologi ini telah diusahakan oleh Profesor Emeritus Dato' Dr. Zuraina Majib sejak tahun 1987 dan berjalan selama 25 tahun.

Selain itu, kajian terbaru oleh Pusat Arkeologi Global Universiti Sains Malaysia telah menjumpai kesan tinggalan pra-sejarah tamadun awal manusia Zaman Paleolitik seperti kesan kawah tahi bintang (meteor) dan kesan debu letusan gunung berapi dari Danau Toba, Indonesia yang berusia lebih 1.83 juta tahun dahulu.

Paluan Akhir ingati pengorbanan pahlawan


Sultan Muhammad V berkenan memeriksa Barisan Kawalan Kehormatan Utama pada istiadat Sambutan Hari Pahlawan Tahun 2012 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/ZAINI HUSIN

KUALA LUMPUR 31 Julai - Tiupan sayu trompet serta begol yang mengalunkan Paluan Akhir atau istilah Inggerisnya Last Post pada istiadat Sambutan Hari Pahlawan Tahun 2012 di Dataran Merdeka di sini hari ini menimbulkan rasa sayu dalam kalangan hadirin.

Ketika ia dimainkan, Jalur Gemilang secara simboliknya diturunkan dan anggota tentera, polis serta pertahanan luar yang beruniform memberi tabik hormat sementara hadirin lain turut bangun bagi memperingati pahlawan negara yang terkorban demi mempertahankan tanah air.

Di medan perang pada zaman dahulu, Paluan Akhir dimainkan pada pukul 6.30 petang iaitu ketika anggota tentera mencari dan mengumpulkan mayat rakan terkorban serta di peringkat sejagat pula, ia dimainkan ketika pengkebumian anggota pasukan keselamatan yang terkorban ketika bertugas.

Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V yang juga Sultan Kelantan berkenan menghadiri istiadat tersebut serta melakukan pemeriksaan Barisan Kawalan Kehormatan Utama (KKU) oleh Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.

Turut hadir pada istiadat itu ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein serta isteri, Datin Seri Marsilla Tengku Abdullah.

Hadir sama Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar serta pasangan masing-masing, pembesar negara serta duta asing.

Pada sambutan itu juga, satu persembahan pantomin diadakan bagi memaparkan kisah para pejuang dahulu menentang Jepun serta pengganas komunis dan menampilkan slot khas bagi menceritakan pengalaman tempur wira negara, Datuk Kanang Anak Langkau.

Kanang ketika ditemui selepas upacara itu tidak dapat menahan kesedihan apabila mengingati para sahabat yang terkorban sewaktu menentang komunis pada 70-an dan awal 80-an.
Justeru, katanya, beliau tidak sesekali akan dapat menerima atau memaafkan golongan yang menganggap komunis sebagai pejuang negara